Youtube vs Vimeo

Youtube, satu portal yang menyimpan koleksi video yang tidak asing lagi bagi kita. Malah ada yang ketagih dengan youtube ni. Vimeo, sama seperti Youtube dan banyak koleksi video tapi tak sama dari segi ciri-ciri yang menarik perhatian penonton web. Mari kita mulakan perbandingan dengan design.

Design
Youtube home page memaparkan video paling popular dalam setiap kategori pada hari tu dan video-video lain di sebelah kanannya site nya.

Vimeo pula lebih kepada blog style. Youtube lebih menunjukkan populariti berdasarkan bilangan penonton video tersebut manakala Vimeo lebih kepada hasil kerja seseorang atau satu-satu kumpulan.

Penggunaan
Youtube lebih bebas upload berbanding Vimeo kerana Youtube boleh upload segala jenis video dan bebas memberi komen yang direct. Nak gaduh-gaduh dalam komen tu pun boleh. Vimeo tertakluk kepada dua jenis pengguna iaitu Basic-untuk free user dan Plus-untuk pengkarya tegar.

Free user ni macam-macam limit manakala Plus perlu bayar setahun $9.95 sebulan atau $59.95 setahun dan tiada had penggunaan.Vimeo mudah untuk dimuat turun kerana terdapat fungsi muat turun kat videonya manakala untuk muat turun video dari Youtube memerlukan perisian khas yang boleh didapati dengan mudah dan percuma di web.

Kualiti Video
Oleh sebab Youtube ni diupload secara bebas oleh pengguna, jadi kualiti video tidak terjaga.

Manakala Vimeo lebih kepada pencinta karya-karya seni video dan kualitinya agak baik. Streaming video Vimeo juga agak baik berbanding Youtube.

Sokongan Website lain
Youtube banyak kabel dengan website lain seperti blogger,digg dan stumbleupon manakala Vimeo hanya mempunyai kabel dengan flickr dan delicious.

Kesimpulan
 Youtube lebih digemari kerana tiada komitmen yang diperlukan untuk upload video. Kalau video tu 10 minit, dah memadai untuk upload. Manakala Vimeo lebih kepada pengkarya seni dan kalau dah terbayar untuk Plus User tu, kenalah rajin-rajin upload video. Kalau tak, rugi bayar duit.

Related posts:

  1. 3 blogging tool di alam maya
  2. Website untuk memendekkan URL

Speak Your Mind

*