Youtube Live- live streaming service terbaru

Youtube telah melancarkan satu servis iaitu Youtube Live.Adakah anda perasan?Ia baru sahaja dilancarkan pada April tahun ni dengan kandungan Indian Premier League(IPL) musim 2011,iaitu pertandingan kriket Twenty20. Demi menjaga kualiti isi kandungan,hanya beberapa syarikat dan penyiar sahaja dibenar menggunakan servis ini.

Ini adalah usaha Youtube menjadikan laman videonya sebagai online TV yang boleh ditonton secara langsung.Antara program yang dimasukkan ialah fesyen,makanan dan permainan video. Namun,buat masa ni Youtube gagal memujuk penyiar besar seperti BBC untuk turut serta dalam program Youtube Live.
Masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh Youtube memandangkan sudah ada online TV seumpamanya seperti JustinTV dan LiveStream. Mungkin Youtube perlu menerbitkan rancangannya sendiri seperti berita mahupun rancangan realiti dan bersaing mendapatkan hak penyiaran sukan yang lebih popular seperti liga bolasepak. Saya dah tengok beberapa rancangan,cuma banyak sangkut-sangkut disebabkan jalurlebar kat Malaysia tak laju.

Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Youtube seperti meletakkan description di bawah live video tersebut dan mengubah rekabentuk agar lebih menarik. Kandungan live streaming perlulah lebih menarik dan berkualiti dan bukan sekadar mencukupkan ruang-ruang yang ada.

Related posts:

  1. Youtube vs Vimeo
  2. Tricky Waterfall Escher from Youtube
  3. iCloud-servis terbaru dari Apple
  4. Google+, social network terbaru daripada Google
  5. Bencana Tsunami 11 March 2011 di Japan di Youtube

Speak Your Mind

*