Windows 8: Saingan terbaru iOS dan Android

Microsoft telah menunjukkan Windows 8 dengan lebih mendalam semalam kepada developer semalam.Rata-rata review yang dibuat,ramai yang memuji dengan perubahan yang dilakukan oleh Microsoft.Antaramukanya langsung tidak menyerupai iOS mahupun  Android,tetapi rupa gaya Windows 8 diberi nama Metro-style touch interface sama seperti Windows Phone.Ia merupakan langkah terbaru Microsoft yang juga tidak mahu ketinggalan dalam mobile computing.Mereka tahu yang masa depan adalah mobile computing.

Prestasi lebih baik-Windows 8 dikatakan mempunyai prestasi lebih baik berbanding Windows 7.Masa boot mengambil masa kurang 8 saat.Ia juga dikatakan sangat responsif dengan touch skrin panel.Tidak keterlaluan mengatakan ia setanding dengan iOS di iPhone dan iPad.

Boleh diinstall di Tablet,Laptop dan Desktop-mungkin ini pencapaian yang sukar ditandingi oleh Android dan iOS.Semua sedia maklum bahawa Microsoft memang sudah lama dalam bidang OS ni.Windows 8 memang direka untuk tablet-yang mesra dan responsif dengan touch screen panel.Ia boleh berfungsi dengan semua pemproses berasaskan ARM-iaitu teknologi yang digunakan oleh smartphone dan tablet.Maknanya Windows 8 akan berada di pasaran tablet,laptop dan desktop(pasaran yang luas)

Windows App Store-memandangkan Windows 8 juga boleh diinstall di tablet,maka ia juga mempunyai aplikasi seperti Android dan Apple iOS.Windows App Store diwujudkan bagi memenuhi keperluan Windows 8.

Selain Windows 8 mempunyai antaramuka metro-style,ia boleh diubah menjadi desktop UI.Jadi,ia masih boleh berfungsi seperti komputer biasa yang ada keyboard dan juga mouse.

Sumber:mashable

Related posts:

  1. Microsoft kembali dengan Windows 8
  2. Tidak semua smartphone Samsung guna Android
  3. Youtube Live- live streaming service terbaru
  4. Part 2: Cara nak speed up Windows 7
  5. Aplikasi Facebook vs iPhone vs Android

Speak Your Mind

*