Wacom Inkling-melukis menggunakan pen digital


Sejak ada komputer dan tablet ni, hobi melukis dan membuat lakaran di atas kertas kian dilupakan kerana lukisan perlu diimbas untuk masukkan ke dalam komputer. Namun, wacom telah mencipta alat supaya hobi itu masih boleh diteruskan tanpa bersusah payah mengimbas semula lakaran kita. Produk bernama Inkling ni telah memudahkan kerja artis dan pelakar menghasilkan karya mereka seterusnya boleh disunting masuk ke dalam komputer tanpa perlu ada pengimbas imej.

Wacom Inkling mampu merakam 1024 tahap tekanan sesuai untuk melakar apa jua perkara.Bagaimana ia berfungsi ialah receiver akan diklip pada kertas yang mahu dilakar.Selepas lakaran dibuat, receiver tu akan dihubungkan pada komputer dan lakaran kita akan ditukar kepada digital imej dalam bentuk jpg hinggalah ke tiff.Lakaran boleh juga dieksport ke Photoshop atau Illustrator untuk tujuan penyuntingan gambar.Harga yang bakal tawarkan ialah $200.Bukan RM ye.Layan video ni untuk lebih info.

Related posts:

  1. Cara pantas menggunakan komputer tanpa mouse
  2. Menjana kad raya versi digital menerusi iPhone
  3. Senarai perisian asas paling penting selepas format komputer
  4. Cara nak sorok wp-login.php pada sesiapa yang guna WordPress
  5. Workshop: Menggunakan calculator Windows 7

Speak Your Mind

*