Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik


Macam-macam cara website nak menarik ramai pelanggan. Banyak yang ok cara pengiklanannya dan ada juga yang main trick-trick ni. Hari ni saya akan membongkarkan rahsianya.

Install perisian toolbar

Kalau kita biasa muat turun perisian (biasanya yang percuma), kadang-kadang kita leka dengan klik NEXT-NEXT tanpa menyedari sebenarnya kita terinstall perisian toolbar untuk browser kita.

Download link yang besar

Biasanya terdapat di laman web download. Tapi sebenarnya ia adalah iklan je. Jadi, hati-hati. Tapi kalau terklik pun tak mati, takde meletup PC tu.

Menyusahkan kita untuk tutup page dia

Biasanya laman web adalah laman web internet marketer. Laman web mereka ni biasanya menjual ebook,tips,video dan macam-macam la.Biasanya dia akan mintak kita daftar atau langgan laman web dia, kemudian redirect ke laman web marketing dia. Kalau kita sekadar tengok je, kemudian tutup, nanti keluar pop-up macam-macam rayuan /offer dia bagi. Biasala, nak cari makan. Takkan nak biar pelanggan pergi begitu saja.


Susah nak cari free version punya

Kalau boleh, diorang nak kita beli perisian yang berbayar,jadi sukar untuk kita dapati link untuk ke perisian percumanya. Contohnya laman AVG. Terdapat yang free versionnya, tapi bila buka laman web dia, ada tak korang jumpa link untuk ke free version? Takde kan? Tapi link ni pasti ada http://free.avg.com/my-ms/homepage.

Hidden fee masa shopping online

Yang ni saya tak pernah jumpa, tapi ada webite yang buat. Masa kita shopping  kat online, ada tak mereka bagi hidden fee. Contohnya beli barang dia, ada tambah insuran atau accessories yang patutnya free tapi kena bayar lebih pulak. Ni yang tak syok.

Bagi barang free dengan mendaftar di laman web

Tak kira ebook ke video review ke, kalau anda nak dapatkan item tu percuma, kena daftar kat laman web dia.  Bila dah daftar, maksudnya anda melanggan dengan dia. Jadi, hari-hari la email anda akan terima iklan. Tapi anda boleh pilih untuk unsubscribe balik jika tak suka. Tapi kalau laman web tu berguna infonya (macam blog ni..hehehe), apa salahnya langgan, ye tak?

Related posts:

  1. 3 website komik editor yang menarik minggu ini
  2. Laman web tutorial dan majalah percuma di PhotographyBB
  3. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  4. Cara nak skip waiting time untuk free download Rapidshare
  5. Membaca komik dengan ComicRack

Speak Your Mind

*