Tips mengurus icon dan fail di desktop

Hai,adakah anda suka meletakkan segala macam fail dan shortcut di desktop sampai nak penuh skrin tuh? Memang pening kalau nak cari satu-satu fail kat desktop tambahan lagi ada background image yang menenggelamkan icon-icon di desktop.

Kini, saya terjumpa satu cara untuk menguruskan icon dan fail di desktop. Apa yang kita perlu lakukan ialah muat turun perisian ni di sini.Nama perisian tersebut adalah Fences atau dalam bahasa Melayu -Pagar.


Selepas anda install dalam komputer, anda akan lihat seperti gambar di bawah. Jika anda pilih option Start Using Fences, perisian ini akan meng’group’kan semua fail,folder dan shortcut di desktop anda secara automatik.

Bagaimanapun, kita masih mempunyai pilihan untuk groupkan sendiri shortcut,folder dan fail di desktop mengikut kategori yang kita nak.

Step 1:
Klik kanan dan drag segi empat pada desktop.

Step 2:
Taipkan nama group fail.

Step 3:
Masukkan folder atau fail yang berkenaan.

Step 4:
Setelah semua shortcut, folder dan fail mempunyai kumpulan masing-masing, run program Fences tu.

Step5:
Pilih button Fences dan pilih Layout macam mana yang kita suka.

Step 6:
Kalau kita tak nak ada Fences kat desktop kita atau nak tukar nama group, klik kanan pada desktop dan klik Remove Fences atau Rename Fences.

Selamat mencuba!

Related posts:

  1. Part 1: Cara nak speed up Windows 7
  2. Part 2: Cara nak speed up Windows 7
  3. iDuplicate File Finder
  4. Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams
  5. Workshop: Menukar theme Firefox

Speak Your Mind

*