Tips Memilih nama yang baik untuk produk atau domain

Ni adalah nasihat untuk para peniaga atau sesiapa yang berminat untuk membuka blog. Sememangnya nama produk tu sangat penting agar supaya orang mudah ingat. Nak bagi nama kepada anak pun kena baik-baik, nak bagi produk atau domain apatah lagi.

Korang mesti tanya apa yang saya membebel ni? Ni kesnya. Aku terbaca blog Aidid Muaddib mengenai produk Dr Jism mengenai maksud JISM tu sendiri. What? Maksudnya adalah air mani? Err, aku pun tak sanggup nak sebut. Tapi aku pun search dalam internet untuk mencari kebenarannya dan hasilnya tengok gambar di bawah.

Klik gambar untuk besarkan

Tapi sebelum diorang nak bagi nama, diorang tak cari ke maksud perkataan tu? Kalau tengok kamus kecik saya tak pasti boleh jumpa ke tak sebab perkataan tu adalah informal word dalam English bagi air mani. Buat malu kaum je. Saya tak mau komen mengenai produk mereka boleh caya ke tak sebab bukan keje saya nak kaji benda-benda tu.

Tips hari ni- kalau nak pilih domain atau nama produk carilah maksudnya dalam internet. Banyak kamus online ada. Tak kira dalam English ke apa ke nama produk atau domain anda pastikan maksudnya tidak pelik.

Tips kedua,jika anda memlilih domain, pastikan gabungan perkataan tu tak nampak kelakar bila dieja. Contohnya, laman web www.speedofart.com. Asalnya perkataan tu adalah speed of art. Tapi bila gabungkan untuk jadi nama domain, jadilah speedo-fart.

Related posts:

  1. Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams
  2. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  3. Tips nak cipta ‘strong password’
  4. Tips mengurus icon dan fail di desktop
  5. Website untuk memendekkan URL

Speak Your Mind

*