5 Tips membeli smartphone

Smartphone atau telefon pintar adalah telefon bimbit yang bukan setakat untuk menelefon dan SMS, tetapi mempunyai features tambahan yang menyerupai keupayaan personal digital assistant (PDA) dan komputer seperti menghantar email, menaip dokumen, melayari internet, bermain games bergrafik tinggi dan menangkap gambar.

Namun, di pasaran kini terdapat pelbagai jenis smartphone. Bagaimanakah kita memilih smartphone? Adakah sebab popularitinya atau fungsinya atau disebabkan rekabentuknya yang menarik? Di sini terdapat beberapa tips yang boleh digunakan bila kita hendak membeli smartphone.

Populariti
Populariti sebuah smartphone memberi makna bilangan respon daripada pengguna. Contoh smartphone yang popular ialah iPhone dan Samsung Galaxy SII. Kedua-dua jenis smartphone ini dijual dalam jutaan unit dalam masa sebulan dua di seluruh dunia. Malah, sebelum dipasarkan lagi ia sudah ditempah dalam bilangan sangat banyak.

Sistem Operasi
Seperti yang saya ceritakan, smartphone mempunyai features seperti komputer. Ia dilarikan oleh sistem operasi yang akan mengawal semua installasi perisian/aplikasi ke dalamnya dan juga menjadi nadi sesebuah smartphone. Antara OS smartphone yang berada di pasaran ialah Android, iOS (iPhone), Windows Phone, Symbians (Nokia), Bada OS (Samsung) dan Meego.

Jika kita mahu banyak pilihan jenama smartphone dan aplikasi, OS Android merupakan pilihan terbaik. Contoh OS smartphone yang hanya satu pilihan jenama ialah iOS (iPhone) dan Meego (Nokia N9). Namun, iPhone mempunyai banyak pilihan aplikasi walaupun hanya iPhone sahaja guna iOS. Ini disebabkan jenamanya yang mahsyur seantero dunia.

Service Provider
Data plan yang disediakan oleh telco juga penting. Data plan yang dipilih hendaklah mampu kita bayar tiap-tiap bulan dan harganya berpatutan. Pakej yang diberikan biasanya sekali dengan smartphone. Terpulang pada kita samada kita membeli smartphone dengan harga murah tapi tempoh perjanjian langganan yang lebih panjang atau sebaliknya.

Melanggan data plan membolehkan kita melayari internet, facebook dan tweet di mana sahaja kita berada asalkan ada 3G. Ada data plan yang tidak mengenakan caj bayaran walaupun telah mencapai limit bandwidth. Ia hanya mengurangkan tahap kelajuan internet sahaja.

Kamera
Bukanlah semua kamera yang ada di smartphone menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Ini kerana smartphone sangat kompak dan nipin. Oleh sebab itu, cip sensor kamera juga kecil. Biasanya kebanyakan smartphone yang mempunyai gambar kamera yang cantik mempunyai harga yang mahal. Jadi, kenalah keluar bajet lebih sikit.

Form Factor
Terdapat beberapa perkara yang dititik beratkan pada sebuah smartphone. Jika kita banyak menaip email atau dokumen pada sebuah smartphone, saya mencadangkan smartphone berjenis QWERTY keyboard seperti Blackberry atau Nokia E7. Skrin sesentuh tidak berapa sesuai dalam situasi ni. Selain itu, saiz juga perlu dititik berat. Kini, terdapat smartphone yang bersaiz besar, 5 inci seperti Galaxy Note dan Dell Streak. Kadang-kadang besar sangat pun tak syok juga. Jadi, pilihlah saiz ideal untuk poket anda.

Kesimpulan
Tips di sini adalah lebih kepada kepenggunaan dan tidak terlalu teknikal. Diharapkan daripada tips ni, pengguna yang tidak ada tahu teknikal pun boleh mengagak smartphone jenis apa yang mahu dibeli.

Related posts:

  1. Tips guna smartphone dengan berhemah dan jimat
  2. 3 aplikasi menukar smartphone jadi kamera LOMO
  3. Tidak semua smartphone Samsung guna Android
  4. Tips membeli belah di PC Fair
  5. 5 tips blogging yang baik

Speak Your Mind

*