Tips guna smartphone dengan berhemah dan jimat

Kepada pengguna smartphone atau telefon pintar,sesetengah kita melanggan pelan data daripada Maxis,Celcom,Digi atau uMobile.Ia memudahkan kita mengakses internet di mana sahaja kita berada.Namun,jika kita tidak berhati-hati,kemungkinan bil telefon kita mencecah ratusan ringgit akibat kecuaian kita.

Setiap service provider akan kenakan caj kepada pengguna dalam pelbagai cara.Namun,jika ada langkah keselamatan,kos bil kita akan kekal di dalam lingkungan kemampuan kita.Berikut antara langkah-langkah yang boleh diikuti.

Reset statistik
Sebagai permulaan,kita boleh reset statistik penggunaan pelan data kita macam berapa MB data Sent,Received.Jika smartphone anda tiada aplikasi ni,mungkin kena cari dan download perisian yang berkaitan.

Tutup aplikasi internet

Sesetengah aplikasi suka mengakses internet tanpa kita sedari.Contoh aplikasi Facebook dan Twitter.Jadi,pastikan ia ditutup atau logout jika tidak lagi digunakan.

Tutup mobile data
Kalau tutup 3G je mungkin tak berkesan untuk menghalang penggunaan data dan telefon kita masih boleh akses internet. Jadi apa yang boleh kita buat ialah tutup mobile data.Setting ni adalah berlainan untuk setiap telefon.Cari di telefon masing-masing fungsi ni.

Guna Wi-Fi percuma
Jika kita melepak di kedai-kedai kopi atau restoran makanan segera mahupun di rumah yang ada Wi-Fi percuma,lebih baik gunakannya.Hubungkan smartphone kita ke Wi-Fi yang ada.

Jika ada aplikasi yang dapat menghadkan penggunaan internet di smartphone,gunakan ia sebagai langkah penjimatan dan penggunaan berhemah.Sentiasa semak penggunaan data anda dan semak connection internet selepas menggunakannya.

Related posts:

  1. Tips mengurus kapasiti bandwidth jalur lebar
  2. Tidak semua smartphone Samsung guna Android
  3. 3 aplikasi menukar smartphone jadi kamera LOMO
  4. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad
  5. Tonton video tanpa putus dengan Multiparttube

Speak Your Mind

*