Timeline Steve Jobs 1955-2011

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah juga orang bernama Steve Jobs. Semua  berita online hari ni penuh dengan ceritanya. Ramai yang sedih bila dapat tahu. Populariti beliau macam artis.

Beliau meninggal ketika di kemuncak kariernya. Kematian beliau akan menjadi legenda dalam bidang teknologi. Visinya dan hasil kerjanya menjadi revolusi dan fenomena pada suatu ketika. Beliau juga pernah gagal dalam usahanya. Apa kata kita layan timeline ni.

Feb. 24, 1955
Steve Jobs dilahirkan dan dibela oleh keluarga angkat Paul dan Clara Jobs di California.

1976
Steve Jobs meninggalkan kolej selepas satu semester dan bergabung dengan rakannya Steve Wozniak untuk membangunkan komputer pertama mereka Apple 1 di garaj rumah Steve Jobs.

1977
Apple II dilancarkan dan menjadi hits ketika itu. Ia menjadi komputer pertama menggunakan imej berwarna dan mempunyai keyboard. Pada tahun 1979, aplikasi spreadsheet, Visicalc menjadi laris dan popular.

Dec. 12, 1980
Saham syarikat Apple dibuka pada orang awam.

Jan. 19, 1983
Apple melancarkan komputer baru, Lisa sempena nama anak Steve Jobs namun menemui kegagalan dalam jualannya. Dikatakan ia berpunca daripada harganya yang mahal $10K.

Jan. 24, 1984
Komputer terbaru dilancarkan, Macintosh dengan tagline ‘The People’s Computer’. Ia mempunyai antaramuka grafik dan mempunyai tetikus. Jualannya mencecah 70000 dalam masa 100 hari. Sejak itu, permintaan komputer peribadi mula mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sept. 17, 1985
Steve Jobs bergaduh dengan Scully,presiden Apple ketika itu dan Steve Jobs meletak jawatan dalam Apple.

Feb. 7, 1986
Steve Jobs membuka syarikat NeXT Computer dan membeli division computer graphic syarikat George Lucas dan akhirnya menjadi syarikat Pixar Animation Studios.

1990
Keuntungan syarikat mencecah $474 juta dollar.

Oct. 2, 1991
Saham Apple dan keuntungannya jatuh. Apple mengurangkan tenaga kerja sebanyak 10% dan Apple memperkenalkan komputer harga rendah.

Oct. 15, 1993
Scully dikritik hebat oleh lembaga pengarah Apple kerana tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada Apple.

1995
Apple mula menunjukkan tanda kemerosotan di kala komputer PC sedang mendapat permintaan tinggi.

Dec. 20, 1996
Apple membeli syarikat Steve Jobs, NeXT Computer Inc dan melantik Steve Jobs sebagai konsultan syarikat.

Sept. 16, 1997
Steve Jobs dilantik sebagai interim CEO demi menyelamatkan Apple daripada terus tenggelam akibat penyelewengan yang berlaku dalam syarikat.

May 6, 1998
Apple memperkenalkan komputer peribadi yang unik yang diberi nama iMac. Ia adalah all in one PC dan mempunyai warna yang ceria dan translucent.

July 21, 1999
Apple memperkenalkan komputer riba, iBook yang berbentuk kulit kerang dan berwarna cerah.

January 2000
Steve Jobs menggurkan perkataan ‘interim’ dalam nama jawatannya.

Nov. 10, 2001
iPod diperkenalkan dan mengubah cara pengguna mendengar muzik. Lebih sebanyak 300 juta terjual.

April 28, 2003
Apple memperkenalkan iTunes music stores. Ia mengubah cara orang mendapatkan muzik dengan cara betul dan sah di sisi undang-undang. Ia juga dapat mengurangkan cetak rompak.

2004
Steve Jobs menjalani pembedahan kanser pankreas.

June 12, 2005
Steve Jobs berucap di Universiti Stanford dalam ucapan yang femes.“No one wants to die. Even people who want to go to heaven don’t want to die to get there. And yet death is the destination we all share. No one has ever escaped it.”

June 29, 2007
Apple memperkenalkan iPhone, yang telah merevolusikan industri telefon pintar. Sebanyak 73 juta dijual. Selepas itu, banyak telefon seumpama iPhone diperkenalkan dan wujudnya Android.

April 2009
Steve Jobs menerima hati dan menjalani pembedahan. Dia mengambil cuti 6 bulan.

Jan. 27, 2010
iPad diperkenalkan. Apple memintas syarikat Microsoft buat pertama kalinya dan menjadikan Apple syarikat paling berharga.

Jan. 17, 2011
Steve Jobs ambil cuti lagi tanpa memberi sebab yang spesifik.

Aug. 24, 2011
Steve Jobs meletak jawatan sebagai CEO dan menamakan Tim Cook sebagai pengganti. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Apple.

Oct. 5, 2011
Steve Jobs menghembuskan nafas terakhir pada usia 56 tahun selepas 1 hari iPhone 4S diumumkan pada majlis ‘Let’s talk iPhone’.

Related posts:

  1. Steve Jobs meninggal dunia
  2. Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Apple
  3. 2011- Dekad untuk tablet PC
  4. Apple umumkan iPhone terkini-iPhone 4S
  5. iPhone 5 versi ciplak made in China- HiPhone

Speak Your Mind

*