Tidak semua smartphone Samsung guna Android

Salam sejahtera.Setelah saya menyelidiki, rupanya tidak semua smartphone Samsung menggunakan OS Android. Sebab semua hanset Samsung sangat cantik dan skrin sangat clear,jadi berhati-hatila.Pastikan jika anda nakkan hanset Android,betul-betul Android.

Terdapat 2 jenis hanset Samsung yang agak popular yang bukan Android iaitu Samsung Wave dan Samsung Omnia. Kedua2 touch screen.Samsung Wave menggunakan bada OS, sejenis OS yang dicipta oleh Samsung manakala Omnia menggunakan Windows Phone. Kalau tengok OS dia sekali pandang macam Android, tapi sebenarnya bukan. 

Jadi sebelum beli tu,tanya tokeh kedai ‘saya nak Android’ atau ‘Ini hanset Android OS ke’ supaya kita tidak rasa tertipu(padahal kita tidak mempunyai pengetahuan). Takut nanti kita kecewa tak boleh nak install Angry Birds versi Android dan aplikasi Android lain yang menarik.Kalau rajin,buat kaji selidik dulu hanset2 yang ada di pasaran,kemudian baru beli.Pasti puas hati!

Related posts:

  1. Samsung Galaxy Ace
  2. Samsung Galaxy S II laris dijual 3 juta dalam masa 55 hari
  3. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad
  4. Jangan guna Photoshop untuk Web Design
  5. Aplikasi Facebook vs iPhone vs Android

Speak Your Mind

*