Temuramah dengan bapa kandung Steve Jobs

Selepas Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Ogos lalu, tidak lama selepas tu,media massa US berjaya menemuramah bapa kandung Steve Jobs, iaitu seorang Arab-America yang bernama Abdulfattah John Jandali yang berasal dari Syria dan bermastautin di Amerika. Pada usia 80, dia bekerja sebagai Timbalan Presiden sebuah kasino di Nevada.

Dalam temuramah itu, Jandali tidak mahu bertemu atau bercakap dengan Jobs kerana dia tidak bersedia berbuat demikian. Beliau mengatakan sebagai orang Syria yang bermaruah,dia tidak mahu Jobs fikir dia mahu kejar harta Jobs. Walaupun atas permintaan ramai untuk menemukan kedua-dua mereka (Steve Jobs dan Jandali), namun mereka enggan.

Sungguhpun begitu, dia masih menaruh harapan untuk bertemu dan minum kopi bersama sebelum segala-galanya terlambat. Ini kerana selepas Steve Jobs letak jawatan, ramai bimbang Steve Jobs tidak akan hidup lama dan masa yang ada terlalu suntuk.

Jandali berkata,kalau dapat minum kopi bersamanya pun sudah menjadikan dia orang paling gembira. Dia juga sedih kerana tidak dapat menjadi sebahagian daripada hidup Steve Jobs.

Pada 1955, semasa menuntut di universiti di US, Jandali mempunyai teman wanita Joanne Simpson, namun mengandung luar nikah. Dia mahu mengahwini Joanne, tapi dihalang oleh bapa Joanne dan keluarganya kerana dia berasal dari Syria (orang luar). Tanpa pengetahuan dia dan keluarga Joanne, Joanne telah pergi San Francisco dan melahirkannya Jobs dan memberi kepada pasangan suami isteri Paul dan Clara Jobs yang membesarkan Steve Jobs sehingga dewasa.

Selepas bapa Joanne meninggal 10 bulan selepas Steve Jobs diberi kepada keluarga angkat, barulah Jandali dan Joanne berkahwin. Selepas tu, dia bawa Joanne ke Syria dan namun Joanne tidak suka. Ketika itu, anak perempuannya Mona berusia 4 tahun. Akhirnya mereka berpisah dan Joanne serta Mona kembali ke US. Selepas tu, Joanne kahwin lain.

Menjelang dewasa, Steve Jobs bertemu dengan Mona, adik kandungnya dalam satu majlis promosi novel adiknya itu. Akhirnya dia mendapat tahu Mona tu adiknya dan sering melawatnya di Manhattan, New York.

Jandali berkata dia bukanlah bapanya kerana yang membesarkannya ialah Mr dan Mrs Jobs.  Sungguhpun begitu, dulu beliau sebenarnya mahukan anak itu (Steve), namun dia menghormati keputusan Joanne untuk menghantar kepada keluarga angkat. Begitulah serba sedikit kehidupan Steve Jobs. Membesar dalam keluarga angkat tidak semestinya kita tidak boleh berjaya. Tidak kira apa jua latar belakang, baik dari keluarga miskin atau kaya, kulit putih atau gelap, kita masih berjaya. Yang penting kita berilmu pengetahuan.

Selepas temuramah akhir Ogos lalu, Jandali akhirnya kesal dengan kenyataannya dan tidak mahu lagi ditemuramah secara terbuka. Beliau juga enggan komen mengenai kematian Steve Jobs. Bila tengok muka bapa kandung dengan Steve Jobs, memang ada persamaan(hidungnya).

Kredit Photo-Apple Insider

Related posts:

  1. Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Apple
  2. Timeline Steve Jobs 1955-2011
  3. Steve Jobs meninggal dunia
  4. Microsoft kembali dengan Windows 8
  5. Tips guna smartphone dengan berhemah dan jimat

Speak Your Mind

*