Tema WordPress.com versi Retro Mac

Ingatan terhadap Steve Jobs memang tidak boleh dilupakan. Kini WordPress.com ada buat rekabentuk baru untuk tema WordPress.com yang ala-ala antaramuka Mac masa mula-mula GUI mula diperkenalkan di PC. Saya pun tak lupa mencubanya di blog peribadi saya jafni.wordpress.com. Hasilnya memang cool. Bila pakai ni terasa kembali ke zaman dulu kala walaupun zaman tu saya sendiri tak reti pakai komputer.

Rekabentuk tema dihasilkan oleh Stuart Brown menurut Just Another WordPress. Mempunyai warna retro hitam dan putih manakala kategori,bulan dijadikan ikon. Posting kita dimasukkan dalam windows yang tiada fungsi apa-apa (tiada butang Exit atau minimize). Header dia boleh tukar di admin. Menarik untuk dicuba!

Sumber:zdnet

Related posts:

  1. Infografik WordPress vs Blogger
  2. Cara nak sorok wp-login.php pada sesiapa yang guna WordPress
  3. Taman Tema Warcraft dan Starcraft dibuka di China
  4. ZDNet.com failed to spell WordPress.com
  5. Commodore 64 komputer lama versi teknologi baru

Speak Your Mind

*