Part 2: Cara nak speed up Windows 7

Sambungan dari post yang lalu, aku dah cerita 6 tips nak speed up Windows 7.
Ini adalah sambungannya.

7.Uninstall program. Program yang aku maksudkan kat sini ialah program yang ntah apa-apa ntah yang ter’install’ dalam komputer anda. Biasalah, kadang-kadang anda nak rip audio sekali sekala,atau anda nak cuba satu perisian tu selepas tu tak guna pun. Jadi,uninstall la program yang tidak digunakan lagi tu.

8.Scan virus. Mungkin juga komputer anda slow sebab ada virus. Jadi, pastikan komputer anda install dengan antivirus. Di sini aku takde la nak cadangkan antivirus apa yang harus dipakai. Walaupun ada pendapat kata,diorang tak suka install antivirus sebab komputer jadi slow, tapi kena pakai antivirus der. Zaman sekarang ni virus bukan main banyak lagi.

9. Tukar power setting. Ini tidak sesuai jika anda seorang pengguna laptop. Cepat habis bateri. Ok, anda boleh pergi ke Control Panel->Performance Information and Tools.Pilih Adjust Power Setting. Anda klik Show Additional Plan dan check radio button High Performance.

10. Remove files kat Desktop. Aku fikir ramai gak orang yang hobinya suka Save File kat Desktop. Kadang-kadang sampai penuh skrin 22 inci tu. Jadi, maksud aku remove kat sini bukannya remove betul-betul, tapi pindah fail tu kat tempat macam My Documents ke. Kasi clear desktop tu. Kalau rasa nak buang segala shortcut icon kat Desktop tu pun boleh.

11.Remove gadget. Pada Windows 7 ada features yang dinamakan gadget. Gadget ni ada macam-macam, jam analog atau kalendar atau cpu meter dan lain-lain. Aku rasa tak semua orang suka guna gadget ni. Jadi, anda boleh pergi ke Search, taip perkataan gadget kemudian pilih View list of running gadget.

12. Beli komputer baru! Tips terakhir ni tips paling berguna. Sebab kalau semua tips telah dilakukan, tapi komputer tak perform gak,kena beli komputer baru la beb. Apa gunanya anda install Windows 7 tapi tak guna semua features nya yang menarik. Baik guna Windows XP ke Windows 2000 ke. Ye tak?

Part 1: Cara nak speed up Windows 7

1.Hadkan startup program. Ini boleh dilakukan dengan menaip MSCONFIG di  ruangan search. Kemudian,klik program tersebut. Uncheck program yang boleh dianggap tak penting ketika startup macam update adobe ke,java update ke,yahoo messenger ke. Yang penting bukan antivirus mahupun program utility yang  bersangkut dengan OS.
2.  Defragment hardisk. Dulu masa aku zaman mula-mula ada PC rajinlah aku buat. Tapi sekarang haram pun. Bila kita selalu menggunakan PC atau Laptop, tentunya ada kita delete-delete fail. Fail-fail ni mewujudkan ruang yang tidak sekata dalam hardisk. Jadi, bila kita defrag, ia akan menyusun fail-fail yang masih wujud tu dalam keadaan teratur dan rapat.
3. Stop Services. Services ni kita boleh cari kat ruangan Search seperti rajah di Tips 1 tadi ataupun di Control Panels->Administrative Tools. Cari Startup Type =Automatic, kemudian anda tentukan program mana yang services nya anda tak pakai dan tak penting. Pilih Manual atau Disabled.
4. Cari imej background desktop yang saiz kecil. Ini kerana kalau saiz imej background desktop bersaiz >2MB akan menyebabkan kelembaban computer anda. Memang kita suka kalau ada background fancy-fancy tapi load pun lambat tak guna gak.
5. Clean hardisk. Ini anda boleh guna software CCleaner atau build in Disk Cleanup. Tapi aku cadangkan CCleaner sebab ia free je. Ada aku cerita software ni pada post yang lepas.Masa anda run program CCleaner ni, anda akan dapati banyak ruang telah dibazirkan di Temporary Folder tanpa pengetahuan kita.
6. Adjust visual effects. Ini boleh kita cari di ruang Search atau di Control Panel->Performance Information and Tools.  Pilih Adjust Visual Effects. Kemudian pilih Adjust for Best Performance.