Tips membeli laptop untuk bermain games

Semua laptop boleh bermain games. Namun, tidak semua boleh memainkan permainan games bergrafik tinggi. Ini kerana sesetengah games memakan ruang yang besar, memerlukan memori tinggi dan pemproses yang laju untuk bermain dengan lancar. Bagaimana caranya nak memilih laptop yang boleh bermain games. Apakah spesifikasi teknikal yang diperlukan?

Pemproses
Jika kita mahu membeli laptop yang boleh bermain games, pemproses yang mantap ialah Intel i7 Quad Core. Namun, jika tidak mampu, Intel i5 Dual Core pun ok.

Memori
Saya mencadangkan memori minimum ialah 4GB berdasarkan perkembangan terkini. Namun, jika berkemampuan, 6GB dan 8GB. Dapat jenis DDR3 lagi bagus.

Hardisk
Kini hardisk besar banyak dijual di pasaran. Pelbagai jenis saiz ada. Namun, apa yang perlu kita titik beratkan ialah kelajuannya. Hardisk laptop biasanya ialah 5400 rpm. Kalau boleh, pilihlah hardisk berkelajuan 7200 rpm berjenis SATA. Ada satu lagi hardisk kategori baru dan terkini yang sangat bagus iaitu SSD(Solid State Drive). Hardisk jenis ni menggunakan memori flash seperti pendrive dan port SATA, tidak seperti konvensional hardisk yang menggunakan cakera keras yang berputar. Lebih laju dan tahan lasak. Namun, sebab ia masih baru di pasaran, harganya agak mahal untuk saiz yang besar. Hardisk jenis ini biasanya ada pada tablets dan ultrabook.

Grafik kad
Semua komputer dan laptop ada kad grafik. Namun, apa yang kita perlukan untuk bermain games ialah dedicated graphics card bukannya integrated graphics cards. Kad grafik jenis Intel tidak disyorkan. Kalau boleh kad grafik jenis AMD Radeon dan Nvidia dengan RAM 1GB DDR3 asalkan bukan integrated kad grafik.

Laptop
Terdapat laptop yang dibuat untuk bermain games. Contohnya Dell Alienware. Kita boleh menggunakan beberapa spesifikasi teknikalnya sebagai rujukan. Oleh kerana harganya agak mahal dan badannya agak berat, tidak ramai sanggup membelinya.

Kesimpulan
Kini harga dalam RM2350 sudah boleh kita dapatkan laptop yang boleh bermain games. Kalau kita berfikir jauh dan mahu laptop kita boleh bermain games yang akan datang 2 tahun lagi, maka spesifikasi laptop kita perlulah paling terkini.