Hanset Sony memang terbaik mengikut pengalaman aku dari segi kamera dan kualiti dia. Baru-baru ni, Sony Mobile telah mengumumkan bahawa hanset untuk golongan permulaan(entry level..betul ke terjemahan ni..haha), Xperia miro dan Xperia tipo(dah macam ‘tipah tertipu’ lak) akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Harga dia memang menarik!Hanya RM699 untuk Xperia miro manakala Xperia tipo dalam RM559. Dah nama pun entry level, spesifikasi dia pun tak ada la gempak sangat tapi masih lagi boleh nak main games santai. 800MHz single core Qualcomm processor and 512MB of RAM.Resolusi skrin 480×320 dengan saiz 3.5 inci untuk miro, 3.2 inci untuk tipo.
Jap, ada lagi. Ada dua benda lagi yang menarik perhatian aku, kamera 5MP dan menggunakan Android 4.0 ICS! Yes,adakah ini hanset yang anda cari-cari? Malangnya hanset ini belum ada lagi di pasaran Malaysia sebaliknya ada di pasaran gelap(gurau). Hahaha. Saingan bagi hanset ini adalah Samsung Galaxy Y. Kalau rasa nak jimat duit, smartphone entry level pun ok gak. Memang menarik!



