Apple umumkan iPhone terkini-iPhone 4S

Hari ni Apple telah umumkan iPhone terkini iaitu iPhone4S.Mungkin pengumuman ni agak mengecewakan bagi peminat yang mahukan iPhone 5. Umumnya, iPhone 4S mempunyai rupa yang serupa dengan iPhone 4.

Bagaimanapun, terdapat perubahan dari segi pemproses, kamera dan jangka hayat bateri. iPhone 4S mempunyai pemproses A5 dual-core 1GHz dengan dual-core GPU. Ia dikatakan mempunyai prestasi grafik 7 kali lebih laju daripada yang sebelumnya.

Jangka hayat bateri juga lebih panjang daripada biasa, 8 jam talk time over 3G, 10 jam video playback, 9 jam via Wifi dan 6 jam layari internet 3G.

Apa lagi? Kamera lebih besar megapixel iaitu 8 Megapixel dengan auto-fokus, flash, f/2.4 aperture lens. iPhone 4S juga boleh merakam video HD 1080 pada 30fps dan penstabil video.

Kesimpulannya, tiada perubahan yang besar pada iPhone 4S. Hanya dari segi prestasi sahaja. Mungkin ‘S’ merujuk kepada ‘Super’. Jadi, mungkin pada sesiapa yang sukakan prestasi ala-ala komputer dan kepuasan,bolehlah dapatkannya. Perubahan kecil dari segi prestasi iPhone bukanlah pelik kerana Apple pernah lakukannya ketika iPhone 3G yang berubah kepada iPhone 3GS.

Balance Sheet and Cashflows games

Jika anda sukakan permainan yang sedikit berlainan dan lebih kepada permainan duit,saya cadangkan cuba permainan Cash Flows and Balance Sheet.Ia dapat menbantu anda bermain simulasi permainan kewangan dan akan mengesan aset peribadi,liabiliti,pendapatan dan perbelanjaan. Ala-ala monopoli gitu.

Apabila anda mencapai sasaran iaitu kewangan bebas,kiranya anda berjaya dalam permainan ni dan mendapat congratulatory cheer.Permainan ini sesuai dengan realiti kehidupan kita dan mengajar kita untuk menggunakan wang dengan bijak.Apa yang lebih ialah permainan ini PERCUMA dan boleh dimuat turun melalui iPhone,iPod Touch dan iPad. Lagi gambar permainan [Read more...]