Learn what’s new iPhone 5 from video trailer

The Apple iPhone 5 is here and it is by far, the best iPhone yet.

Sporting a larger 4-inch Retina display and packing an A6 chip, the user experience on this new iPhone is set to be nothing short of spectacular.

The new iPhone 5 goes on sale in the UK next Friday, the 21st Sept 2012 and is sure to be the best selling smartphone of 2012.

Watch the official Apple iPhone 5 trailor below.

Pengumuman senyap selain pengumuman iPhone 4S

Sebenarnya saya tak habis cerita pasal Apple ni. Sebab minggu lalu iPhone 4S telah dilancarkan, tapi hari tu jugak Steve Jobs mati. Jadi, tak sempat habiskan cerita di sebalik pengumuman iPhone 4S. Memang menarik untuk diperkatakan di sini sebab Apple telah membuat perubahan kecil ke atas produk Apple yang lain dan memperkenalkan aplikasi baru pada iPhone 4S.

iPod nano mengalami perubahan kecil di mana ia tidak lagi mempunyai 4 ikon pada skrinnya, tapi hanya mempunyai satu ikon besar. Ikon2 lain boleh kita slide guna jari kita. Ia juga menambahbaik Nike+ fitness features dan juga 18 muka jam terbaru. iPod nano dijual pada harga lebih murah dan mempunyai 6 warna. Saya teringin nak pakai jam digital iPod.

Selain tu, iPod touch diberi warna putih serta mempunyai features sama seperti iPhone 4S kecuali telefon dan 3G. Mempunyai Retina display, rakaman HD dan permainan yang menarik untuk dimuat turun. iPod meletakkan sasaran untuk menjadi portable game player nombor 1. Ada 8/32/64GB dan harganya murah sedikit berbanding yang lama. Jika anda mahukan portable player,kamera,games tanpa telefon, iPod touch adalah pilihan terbaik. Kalau tak tau nak beli iPod ke iPhone, boleh baca post ni.

Perbezaan iPhone 4S dan iPhone 4

iPhone 4S mempunyai prestasi lebih baik daripada iPhone 4. Bagaimanapun, rupanya tetap serupa. Mungkin prestasi ni boleh diguna pakai jika keluar versi baru iOS 6 dan anda mahu upgrade iOS ni pada iPhone 4S. iPhone 4S tidak lagi mengeluarkan 8Gb ruang storannya kerana mungkin kini ruang sebanyak 8Gb tidak lagi relevan dan juga ketinggalan zaman. Tambahan pula, iPhone 4S ni dilengkapi dengan grafik lebih power, maka sudah pasti games nak diinstall atau video nak dimainkan juga memakan ruang yang besar. Jadual perbandingan iPhone 4S dengan iPhone 4.

[Read more...]

Apple umumkan iPhone terkini-iPhone 4S

Hari ni Apple telah umumkan iPhone terkini iaitu iPhone4S.Mungkin pengumuman ni agak mengecewakan bagi peminat yang mahukan iPhone 5. Umumnya, iPhone 4S mempunyai rupa yang serupa dengan iPhone 4.

Bagaimanapun, terdapat perubahan dari segi pemproses, kamera dan jangka hayat bateri. iPhone 4S mempunyai pemproses A5 dual-core 1GHz dengan dual-core GPU. Ia dikatakan mempunyai prestasi grafik 7 kali lebih laju daripada yang sebelumnya.

Jangka hayat bateri juga lebih panjang daripada biasa, 8 jam talk time over 3G, 10 jam video playback, 9 jam via Wifi dan 6 jam layari internet 3G.

Apa lagi? Kamera lebih besar megapixel iaitu 8 Megapixel dengan auto-fokus, flash, f/2.4 aperture lens. iPhone 4S juga boleh merakam video HD 1080 pada 30fps dan penstabil video.

Kesimpulannya, tiada perubahan yang besar pada iPhone 4S. Hanya dari segi prestasi sahaja. Mungkin ‘S’ merujuk kepada ‘Super’. Jadi, mungkin pada sesiapa yang sukakan prestasi ala-ala komputer dan kepuasan,bolehlah dapatkannya. Perubahan kecil dari segi prestasi iPhone bukanlah pelik kerana Apple pernah lakukannya ketika iPhone 3G yang berubah kepada iPhone 3GS.

Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad

Saya di sini merujuk kepada kita la, bukan saya secara individu. Setiap pembelian kita kena tahu kenapa kita beli barang tu terutama orang yang gaji cukup makan macam saya ni. Pada tajuk tu saya dah senaraikan alat peranti yang paling popular pada masa kini iaitu iPhone,iPod Touch dan iPad. Kenapa kita perlu dan beli iPhone atau iPod atau iPad tu ha?

Hari ni saya tolong anda buat keputusan. Semua alat ni ada fungsi masing-masing. Jadi, beli jika anda:

iPhone
-mahukan pelayar web bersaiz poket dan melayari internet di mana saja.
-mahu menggunakan telefon yang cool
-mahu bertwitter atau FB atau main game yang menarik
-mahu kamera pada masa yang sama
-mahu GPS

iPod Touch
-mahukan muzik berpanjangan
-tak perlukan internet sangat(bukan jenis internet addict)
-nak main game
-tak nak terikat denga kontrak Plan Data

iPad
-mahu jadikan iPad sebagai pengganti dekstop anda
-mahu membaca buku digital
-dah boring guna laptop
-boleh layan video banyak-banyak
-kepuasan melayari internet sebab skirn besar

iPod Touch tak banyak bezanya dengan iPhone. Jika anda mahukan segalanya selain fungsi telefon, jadi lebih baik guna iPod Touch. Lebih nipis daripada iPhone. Tapi siapa yang boleh berpisah dengan handphone. Kalau takde handphone atau handphone tertinggal di mana-mana, boleh mati kutu oo.