Lagi kreativiti bersama Angry Birds

Sebelum ni, saya pernah hantar artikel pasal Angry Birds yang comel tu. Kini, saya menjumpai Angry Birds yang ‘bermain secara live action’. Watak-watak Angry Birds telah dibuat daripada kek. Tapi yang tak syoknya makanan buat permainan. Bagi kat orang miskin lagi bagus. Kira kali ni kreativiti tak bertempat la ni. Kek ni dibuat sempena hari jadi anaknya. Korang janganlah ngajar anak buat benda bukan-bukan macam dalam video ni. Apapun kita layan jela dulu atas nama kreativiti.

Kreativiti bersama Angry Birds

Angry Birds merupakan aplikasi paling banyak dimuat turun di UK App Store pada February 2010 dan mencapai tahap tertinggi di US App Store pada musim luruh 2010 sehingga Oktober 2010. Versi percuma edisi terhad sahaja telah dimuat turun 11 juta kali manakala versi berbayar telah dimuat turun 7 juta kali untuk Apple iOS. Itu belum lagi versi Android.

Populariti game Angry Birds ni telah menyebabkan ramai yang berkreativiti menggunakan watak Angry Birds.Ada yang menggunakan kraf kertas untuk membuat animasi, ada yang menghasilkan kek,bento,lego dan syarikat Rovio ada juga menjual soft toy watak Angry Birds. Untuk memperkenalkan watak Angry Birds ni, mari kita layan dua trailer Angry Birds yang menarik ni.

Angry Birds Cinematic trailer

Angry Birds Rio Trailer

Angry Birds Paper Craft Animation

Angry Birds versi Plush Toys




Kek Angry Birds

Lego Angry Birds

Bento Angry Birds

PS:Yang pastinya saya tak makan satu hidangan makanan yang ada berbentuk cik bab tu.