Impossible ball illusion

Ingat lagi video tricky-waterfall-escher-from-youtube? Video tu agak sudah lama dipost sekitar bulan Feb 2011. Bila kita tengok video, kadang-kadang kita tak boleh nak huraikan macam mana benda tu berlaku. Ada yang guna teknik edit video,ada guna teknik kamera trick. Sebagai contoh video di bawah ni yang benar-benar cool di mana beberapa biji guli dilihat seperti menaiki papan gelongsor menentang hukum graviti. Di pertengahan video tersebut barulah ditunjukkan bagaimana model tersebut dibina sehingga guli tersebut dilihat seperti menaiki papan gelongsor. Serious cool!

3 aplikasi menukar smartphone jadi kamera LOMO

Sesiapa yang memiliki smartphone atau telefon pintar mesti bertuah sebab macam-macam aplikasi kini ada di pasaran. 3 aplikasi yang akan diberitahu di sini ialah aplikasi untuk Android,iaitu OS untuk smartphone. Aplikasi yang dimaksudkan ialah

Camera360 Free

Camera Effects

Camera illusion

Aplikasi ini boleh menukar kamera smartphone kita kepada kamera LOMO. Aplikasi ini percuma sahaja dan hanya perlu install di kamera kita.LOMO ialah kamera yang menangkap gambar secara kreatif dan mempunyai nilai seni dan berbeza dengan kamera DSLR dan kamera kompak. Ia diminati oleh sekumpulan pencinta seni photo.

Walaupun begitu,aplikasi ni tidaklah menghasilkan banyak jenis imej LOMO. Ini disebabkan aplikasi ini percuma sahaja. Jika nak lebih,mungkin yang versi berbayar ada menyediakan lebih teknik imej tu. Selain imej lomo,ada efek lain yang turut menarik untuk dicuba.Also worth to buy.