Video Samsung Galaxy S III vs iPhone 4S Drop Test

Last time, I showed you SquareTrade make drop test between Samsung Galaxy S II and iPhone 4S. Now they do the drop test on new Galaxy S III. No way, give me the phone! Here they was doing 3 test cases. First one is drop while making call,  second is drop by childrens and third is drop from back trunk of a moving car. Check out this video first!

The result showed Galaxy S III withstood the Attack of the Kids better than the iPhone while iPhone 4S came out with less wear and tear after two of the three tests. All the test case scenarion was conducted by the company based on their study.

Source:mashable

Comic: When iPhone meets Galaxy Note

One day, Apple iPhone (whatever version) meets Galaxy Note and greeted him. He asks sensitive questions ‘dengan selambanya’..last part is the funniest..lols.

Berduet dengan Siri (iPhone 4S)

Siri ni aplikasi pintar dan pembantu peribadi maya yang mampu menjawab pertanyaan kita (bahasa Inggeris). Pelbagai ragam mencuba aplikasi ni. Ada yang bagi soalan-soalan susah. Ada yang buat lagu duet dengan Siri. Memang kreatif! Namanya  Jonathan Mann. Dia adalah pencipta lagu, penulis lirik indie. Jom layan video youtube ni.

iPhone 4S terjual 4 juta unit dalam masa 3 hari

iPhone 4S memecahkan rekod jualan iPhone 4 iaitu sebanyak 4 juta unit dalam masa 3 hari iaitu 2 kali berbanding jualan iPhone 4 sebanyak 2 juta. Semasa pre-order yang lalu, sebanyak 1 juta pesanan diterima dalam masa 24 jam.

Walaupun pada hari pelancaran iPhone 4S dulu, ia gagal menyerlahkan kelebihannya, namun jualan ni menunjukkan sebaliknya. Mungkin pengguna teruja nak menggunakan Siri, iaitu satu aplikasi pintar dan cerdik yang boleh memberi respon terhadap soalan kita.

Atau mungkin orang kesiankan Apple yang kehilangan Steve Jobs?Atau mungkin orang takut iPhone 4S ni menjadi inovasi canggih terakhir yang dikeluarkan oleh Apple dan lepas ni tiada gajet yang bisa mencetuskan fenomena.

Kini, Apple berada di kemuncaknya tatkala populariti Microsoft merosot di akhir-akhir ni di tengah-tengah kebangkitan tablet dan mobile computing. Zaman Microsoft telah berlalu. Microsoft sedang mengatur strategi dalam melancarkan Windows 8.

Sumber:latimes

Pre-order iPhone 4S mencecah 1 juta dalam masa 24 jam

Ini merupakan rekod baru Apple dalam pesanan produk mereka. iPhone 4 yang lalu catat 600,000 pesanan dalam masa 24 jam, namun kali ni iPhone 4S mengatasinya. Ini menutup pengkritik yang mengatakan ‘iPhone 4S bukanlah sesuatu yang baru. Hanya upgrade dari segi prestasi saja. Yang lain sama je’. Rata-rata ramai yang kecewa dengan pengumuman iPhone 4S kerana perubahan yang tidak ketara dan rekabentuk sama seperti iPhone 4. Kebanyakan mereka mahukan iPhone 5.

iPhone 4S dikatakan versi upgrade iPhone 4. Hanya aplikasi Siri (satu aplikasi artificial intelligent) merupakan inovasi baru daripada Apple. Ia membenarkan pengguna bercakap dengan Siri dan Siri akan memberi penyelesaian terhadap masalah itu. Ia boleh dikatakan pembantu peribadi maya yang pertama diperkenalkan.

Apple mempunyai peminat yang ramai. Tidak kira apa produk yang diperkenalkan, mereka tetap menyokongnya. Kematian Steve Jobs tidak melemahkan Apple. Semasa kematian Steve Jobs, ramai memuji produk-produk Apple di bawah kendalian Steve Jobs sehingga akhirnya pujian tersebut telah menyebabkan ramai melupakan kritikan terhadap iPhone 4S.