iPad 2 diumumkan akan berada di pasaran 11 Mac

Akhirnya penantian peminat Apple berakhir. iPad 2 telah diumumkan. Pelbagai spekulasi ada mengenai iPad 2.Seperti yang dijangka oleh geek komputer, iPad 2 yang terbaru mempunyai kamera depan dan belakang untuk tujuan komunikasi menggunakan aplikasi FaceTime. Namun tak ada USB port atau tempat SD memori.

Tidak banyak perubahan yang dibuat Apple terhadap iPad 2. iPad 2 hanya berubah dari segi ketebalan yang kini kurang 1/3 daripada iPad yang pertama, kelajuan iaitu menggunakan A5 Dual Core dan ada smart cover. iPad 2 menyediakan port untuk melihat di skrin HDTV.  Apa yang sama?

Apa yang masih kekal sama ialah dari segi harganya iaitu bermula dengan $499 dan juga jangka hayat bateri iaitu 10 jam. Kemungkinan harga iPad lama akan turun dalam $100-200 disebabkan kehadiran iPad 2. Kehadiran iPad 2 ni menhangatkan lagi persaingan tablet di pasaran.

Yang terbaru sebelum iPad 2 diumumkan, Motorola Xoom yang dikatakan pesaing terdekat iPad disebabkan ciri-ciri yang menarik dan menggunakan Google Android sebagai OSnya. Yang bestnya Android ni ialah aplikasi yang percuma kalau nak bandingkan dengan iPad 2. Namun, iPad 2 mempunyai kelebihan tertentu dan mempunyai ramai peminat fanatik.

Fan made video mengenai iPad 2

Bila iPad 2 dikatakan akan diumumkan pada Mac ni, jadi ramai peminat mula berfikir bagaimana rupanya iPad 2 nanti. Ada peminat yang menggambarkan bukan-bukan pasal iPad 2. Malah ada yang buat klip video parody mengenai iPad 2 yang bakal keluar.

Video pertama ni mengenai alat peranti 27 inci yang mempunyai fungsi pelbagai dan ada yang fungsi yang tak masuk akal.Mula-mula penerangan dia nampak macam ok,bila start masuk edit video automatik tu dah mula lawak gila.

Video kedua ni menggambarkan iPad 2 macam alien bermata satu yang menyerang bandar.Siap efek yang melampau kot

iPad 2 ada USB?

Ada ura-ura yang mengatakan iPad 2 yang bakal keluar pada Q1 2011 mempunyai USB port untuk peranti external. Ura-ura ni datang daripada berita Economic Daily News yang menceritakan iPad 2 yang bakal mempunyai ukuran 7 inci sahaja dan mempunyai kamera depan dan belakang. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.