Samsung Galaxy Tab 7.7

Selepas Samsung Galaxy Tab 10.1, kini Samsung cergas memperkenalkan tablet terbaru mereka bersaiz 7.7 inci pula di IFA 2011 Berlin. Tapi versi 7.7 menggunakan skrin paparan AMOLED iaitu teknologi skrin paling cerah setakat ni dan menggunakan processor 1.4 GHz. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 3MP dan depan 2MP dan baterinya boleh bertahan selama 10 jam jika dimainkan video tanpa henti. Galaxy Tab 7.7 menggunakan OS Android Honeycomb 3.2. [Read more...]

Celcom lancar Samsung Galaxy Tab 10.1

Celcom melancarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia dan menjadi yang pertama dan operator eksklusif menawarkan Galaxy Tab 10.1.Harga yang ditawarkan serendah RM1,468 melalui Celcom Broadband plan.

Apa yang menarik Galaxy Tab 10.1 ni?Selain saiz agak besar sesuai untuk dijadikan sebagai ebook,ia mengggunakan OS Android paling terkini iaitu 3.1 Honeycomb.Browser menyokong flash,boleh menonton video HD 1080p@30fps berjenis mpeg4,Xvid,DivX,WM7,WM9,h.264 dan Audio berjenis MP3,AAC,WMA dan menyokong multitasking.

[Read more...]

Korea guna tablet ganti buku teks sekolah

Masa ni,budak sekolah kita memikul buku yang berat sehingga pernah menjadi isu negara.Malah pernah wujud jadual waktu anjal untuk mengelakkan murid sekolah membawa banyak buku ke sekolah.Tapi berlainan pula di Korea Selatan.

Kementerian Pendidikannya sedang merancang untuk menukarkan buku teks sekolah kepada buku teks digital.Kerajaan melabur sekitar $2 billion untuk menghasilkan persekitaran di mana pelajar boleh belajar secara interaktif dengan sistem yang bakal dibangunkan.
[Read more...]

iPad 2 vs Galaxy Tab 10.1

Video dari cnet membuat perbandingan antara iPad 2 dengan Galaxy Tab 10.1. Enjoy!

iPad 2 vs Galaxy Tab 10.1

Galaxy Tab digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah

Syarikat Samsung dan sekolah tinggi Daegu di Korea Selatan bersetuju untuk mewujudkan ‘Smart School’ menggunakan Samsung Galaxy Tab tablets sebagai alat bantuan mengajar.Galaxy Tab akan digunakan untuk pengajaran dalam kelas di mana terdapat wireless di sekolah tersebut yang akan menyediakan perkongsian bahan berkaitan akademik.

Selain itu, komunikasi interaktif boleh direalisasikan antara guru dan ibu bapa menerusi tablet ini dalam menghantar report kad di mana dalam aplikasi tablet ini,terdapat sistem yang akan menilai prestasi pelajar berdasarkan tahap pembelajaran individu. Sistem ini akan menentukan menapis pelajar untuk ke kelas pandai berdasarkan penunjuk prestasi dalam sistem ini. Selain itu, sistem ini juga menyediakan pengurusan pinjaman buku,katering dan lain-lain yang meliputi kehidupan sebuah sekolah.Layan gambar seterusnya. [Read more...]