Celcom lancar Samsung Galaxy Tab 10.1

Celcom melancarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 di Malaysia dan menjadi yang pertama dan operator eksklusif menawarkan Galaxy Tab 10.1.Harga yang ditawarkan serendah RM1,468 melalui Celcom Broadband plan.

Apa yang menarik Galaxy Tab 10.1 ni?Selain saiz agak besar sesuai untuk dijadikan sebagai ebook,ia mengggunakan OS Android paling terkini iaitu 3.1 Honeycomb.Browser menyokong flash,boleh menonton video HD 1080p@30fps berjenis mpeg4,Xvid,DivX,WM7,WM9,h.264 dan Audio berjenis MP3,AAC,WMA dan menyokong multitasking.

[Read more...]

Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US

Samsung telah berjaya menjual produk ala-ala iPad iaitu Galaxy Tab sebanyak 1 juta hanya dalam masa dua bulan lebih sahaja. Ini menunjukkan produk ni telah diterima oleh ramai pengguna yang mahu kelainan daripada produk keluaran Apple. Walaupun begitu, masih belum memecahkan rekod jualan iPad yang hanya memakan masa sebulan sahaja untuk capai jualan 1 juta. Galaxy Tab yang mempunyai skrin 7 inci dan menggunakan Android sebagai operating system. Jualan di US menjadi penanda aras kepada populariti sesuatu produk dan biasanya jika sesuatu gadget tu popular di US, ia akan mempengaruhi jualan di seluruh dunia. Terasa teruja lak nak beli Galaxy Tab.
Sumber:ComputerWorld