Google Plus ialah boleh dikatakan klon Facebook. Dulu, trafik Google Plus naik 1269% dalam masa satu minggu selepas dibuka kepada awam. Sebelum tu, invitation only. Kini, Chitika melaporkan data trafik Google Plus merudum teruk. Namun saya tak heran kenapa ini berlaku.
Kalau nak bandingkan Google Plus dan Facebook, kedua-dua sama. Jadi, macam mana pengguna Facebook nak tukar ke Google Plus hanya kerana antaramuka berbeza. Ia ibarat dua apartment sebelah menyebelah di mana satu apartment berwarna biru dan satu apartment berwarna putih. Takkan saya nak pindah ke apartment putih semata-mata warnanya? Nak pindah bukan senang, kita dah ada ramai rakan yang kita dah Add.



