Koleksi video Bersih 2.0

Sini saya buat satu koleksi video dari perhimpunan Bersih 2.0 yang mereka kongsi di Facebook. Bagi PEMINAT Bersih,bolehlah tonton video di bawah ni.3 video sunting dan satu dari Malaysiakini. Jika ada lagi nanti saya akan tambah.

Truth that Cannot Be Covered – Bersih 2.0 09/07/2011

709-This is Our Land

BERSIH 2.0 – A Day to Remember!

Bersih 2.0: From KTM to Pasar Seni

Pungutan suara zaman internet

Kini,untuk mendapat pungutan suara bukan susah pun. Sejak adanya Facebook, rakyat Malaysia tidak lagi menggunakan kaedah lama untuk mendapatkan pungutan suara sebaliknya menggunakan page Facebook.

Baru-baru ni, dalam masa 48 jam, laman Facebook 100,000 request najib tun razak resignation telah mencapai sasarannya. Lebih 100,000 orang telah Like laman ini dan kemungkinan mereka yang Like adalah mereka yang menyokong Bersih berdasarkan lambang mereka di imej profil.

Gesaan najib terhadap majoriti senyap untuk menyatakan pendirian nyata memakan diri.Jika diambil kira hanya 10 ribu daripada 110,000 profil adalah palsu atau terdiri laman bukan individu,itu dah kira cukup banyak.Tak mungkin 10 ribu profil direkacipta semata-mata untuk ini(pada pendapat saya) dalam masa 48 jam.Ia suatu jumlah yang banyak.Lagipun Facebook tidak benarkan profil yang baru dicipta klik Like mana-mana page kerana untuk mengawal spammer berleluasa.

Nampaknya kerajaan harus serius melihat pandangan ini. Tindakan-tindakan yang melampau dalam menghalang demonstrasi pada hari Sabtu lalu memang sukar diterima oleh kebanyakan orang terutama warga internet.Warga internet adalah warga yang berpengetahuan luas. Mereka inilah golongan atas pagar sebenarnya.Melihat dan menilai.

Sumber:malaysiakini bm

BERSIH 2.0: Pengaruh internet dalam politik semasa

Bila sebut Bersih iaitu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil oleh 62 NGO dan parti politik pembangkang, tentu sekali ramai suka sekali membaca dan membincangkannya. Saya turut membincangkannya dalam Facebook dan banyak respon sama ada baik takpun yang tak suka. Bersih 2.0 sudah menjadi peristiwa bersejarah dalam politik negara. Ada yang suka dengan perhimpunan ini dan tidak kurang juga yang melihatnya sebagai perbuatan yang tidak baik.

Bagaimana Bersih boleh mendapat sambutan ribuan orang yang terdiri daripada segenap masyarakat tidak kira tua muda,Melayu,Cina,India,Singh?Adakah ia diperalat oleh parti politik pembangkang yang mahukan kuasa?Mengapa dibuat di Kuala Lumpur tidak di tempat lain seperti Shah Alam ataupun Putrajaya?

[Read more...]