Apa dah jadi dengan Google+?

Google Plus ialah boleh dikatakan klon Facebook. Dulu, trafik Google Plus naik 1269% dalam masa satu minggu selepas dibuka kepada awam. Sebelum tu, invitation only. Kini, Chitika melaporkan data trafik Google Plus merudum teruk. Namun saya tak heran kenapa ini berlaku.

Kalau nak bandingkan Google Plus dan Facebook, kedua-dua sama. Jadi, macam mana pengguna Facebook nak tukar ke Google Plus hanya kerana antaramuka berbeza. Ia ibarat dua apartment sebelah menyebelah di mana satu apartment berwarna biru dan satu apartment berwarna putih. Takkan saya nak pindah ke apartment putih semata-mata warnanya? Nak pindah bukan senang, kita dah ada ramai rakan yang kita dah Add.

[Read more...]

Akhirnya dapat gak daftar Google+

Setelah lama aku buat posting pasal Google+, akhirnya aku dapat daftar Google+ setelah dijemput oleh seorang rakan aku, Nazrul. Dulu dia gak jemput aku kat Google Wave yang dah pupus tu. Lepas ni barulah confident sikit nak tulis pasal Google+. Huhuhu. Kalau anda nak masuk Google+, daftar nama anda dan tunggu kawan-kawan anda jemput kerana setakat ni ia masih under development testing-nak tengok feedback pengguna dulu. Jadi,pengguna adalah terhad(padahal mengikut berita,dah 200 juta daftar Google+).

Google+, social network terbaru daripada Google

Google,peneraju enjin carian terunggul tidak mahu ketinggalan dalam persaingan rangkaian sosial(social network) lalu memperkenalkan Google+. Demi memecah monopoli dan menyaingi Facebook selaku raja rangkaian sosial, Google mengambil inisiatif membuat super top secret social project yang dinamakan Google+. Tapi takla rahsia sangat sebab semua orang tahu.

Dalam memastikan Google+ dapat sambutan, Google memperkenalkan features yang unik yang dirasakan cool dan boleh diterima baik oleh pengguna. Ia menggunakan terms-terms yang mungkin akan popular selepas Google+ mendapat sambutan.Pertama ialah Stream. Ia sama seperti News Feed dalam Facebook yang memaparkan apa yang terkini yang telah dikemaskini oleh rakan-rakan samada video share,photo,status dan lain-lain.

[Read more...]