Steve Jobs meninggal dunia

Baru sahaja semalam iPhone 4S diumumkan,hari ni saya terkejut bila melawat laman web Apple yang menunjukkan poster ‘Steve Jobs 1955-2011′. Takkan dah meninggal kot? Ya, selepas semak laman web berita US,memang benar dan Apple juga telah mengesahkan berita tu. Beliau meninggal akibat kanser pankreas.

Steve Jobs merupakan ikon dalam bidang komputer yang banyak memberi inspirasi baru kepada syarikat komputer yang lain.Walaupun dia tidak habis belajar di kolej, tetapi dia telah mencipta komputernya sendiri di garaj rumahnya bersama rakannya Steve Wozniak yang membawa kepada penubuhan syarikat Apple.

Pengenalan iPhone dan iPad oleh Apple menjadi fenomena seluruh dunia sehinggakan mengubah dimensi baru dunia perkomputeran dan komputer mobil di dunia. Hasilnya, kita dapati terdapat beberapa jenis gajet alternatif kepada iPhone dan iPad yang berasaskan Android. Beliau berhenti daripada menjadi CEO pada Ogos lalu diganti oleh Tim Cooks.

Related posts:

  1. Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Apple
  2. Statistik Sistem Operasi Komputer di seluruh dunia
  3. Commodore 64 komputer lama versi teknologi baru
  4. iCloud-servis terbaru dari Apple
  5. iPhone 5 versi ciplak made in China- HiPhone

Speak Your Mind

*