Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Apple

Steve Jobs telah meletakkan jawatannya sebagai CEO syarikat Apple Inc berikutan maslaah kesihatan.Dia kini menghidap penyakit kanser pankreas.Semasa beliau cuti sakit,Tim Cook,COO Apple mengambil alih tugasnya.Kini,Tim Cook benar-benar mengambil alih jawatan CEO Apple selepas direkemen oleh Steve sendiri.Steve JObs jadi Pengerusi Apple.

Steve Jobs antara ikon dalam dunia IT.Dia terkenal sama seperti Bill Gates.Media di Barat sering membanding-bandingkan kedua-dua mereka dan mereka dilihat seperti musuh antara satu sama lain.Ini kerana kedua-duanya hampir sama dari segi perjalanan karier sebagai seorang perekacipta.Steve pencipta komputer Apple manakala Bill Gates pencipta perisian Windows.

Steve Jobs merupakan anak angkat kepada pasangan Paul dan Clara Jobs.Paul Jobs bekerja sebagai machinist yang tak graduate dari mana-mana kolej.Bapa kandungnya seorang warga Syria yang kini menjadi professor sains politik manakala ibu kandungnya seorang warga Amerika yang kini menjadi ahli pathologi. Ibubapa kandungnya mahu ibubapa angkatnya hantar Steve Jobs ke kolej menjelang bila dah besar.Semasa remaja,dia sangat pandai membuat papan litar elektronik menyebabkan dia diterima bekerja di sebuah syarikat secara part-time.Di situ dia berjumpa dengan Steve Wozniak yang kemudiannya kedua mereka menghasilkan komputer Apple.

Kerana minatnya yang mendalam dalam bidang elektronik,dia telah berhenti belajar dan fokus pada pembangunan alat elektroniknya.Pada 1976,Steve Jobs, Steve Wozniak and Ronald Wayne menubuhkan Apple.Steve Jobs dulu pernah menjadi CEO Pixar Animation Studios.Dulu,pada tahun 1983,dia pernah memujuk John Sculley dari Pepsi-Cola untuk bekerja sebagai CEO Apple dan bertanya ‘Adakah awak mahu jual air gula sepanjang hayat anda atau awak mahu bersama saya dan mengubah dunia?

Related posts:

  1. PSP NGP dinamakan sebagai PS Vita
  2. iCloud-servis terbaru dari Apple
  3. Skim Rumah Pertamaku
  4. Galaxy Tab digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah
  5. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad

Speak Your Mind

*