Skim Rumah Pertamaku

Malam tadi saya tengok berita Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan.Ia sebenarnya sebahagian daripada Bajet 2011 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Cuma baru ni je info ni dilancarkan. Skim ini bertujuan menarik golongan muda yang baru bekerja memiliki rumah pertama mereka dengan kelebihan 100% pinjaman. Gaji kasar yang layak menerima skim ini ialah RM3000 ke bawah.

Info lebih lanjut boleh layari www.srp.com.my. Menurut soalan lazim yang saya baca, hanya kakitangan swasta sahaja yang layak. Kalau bekerja sendiri tak layak. Maksudnya kalau tak ada slip gaji syarikat tak dapat la. Kalau kerja sebagai freelancer ke mungkin payah sikit kot.

Secara kasar, kriteria yang layak ialah umur 35 tahun ke bawah, rumah kediaman berharga antara RM100K hingga RM220K,tempoh pinjaman tidak lebih 30 tahun, sah dalam jawatan dan bekerja dengan syarikat tidak kurang 6 bulan. Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat( kata mereka).

Wallahua’lam.

Related posts:

  1. Tips turunkan berat badan
  2. Facebook Breakup Notifier-melihat status perhubungan kawan
  3. Online grocery in Malaysia
  4. 8 tip mudah untuk hidup yang mewah
  5. Digital Lifestyle Expo 2010-KLCC

Speak Your Mind

*