Senarai perisian asas paling penting selepas format komputer

Selepas kita membeli komputer atau laptop baru ataupun format Windows kita, kejap tula baru kita nak tercari-cari perisian apa nak masukkan dalam komputer. Bagaimanapun, jika kita senaraikan siap-siap perisian yang kita nak install, kerja kita akan jadi lebih mudah dan cepat.

Sebelum format komputer, kita kena pastikan semua fail-fail kita telah dibackup terlebih dahulu. Banyak cara nak backup fail-fail ni ada banyak cara bergantung pada apa yang kita ada. Contohnya guna external hardisk, DVD-R, pendrive bermemori besar dan simpan di komputer lain.Antaranya ialah

1.Driver dan perisian komputer berjenama

Kalau kita beli laptop atau PC berjenama Dell atau HP atau lain-lain, mereka akan sertakan CD Driver dan perisiannya. Simpan ia baik-baik sebab ia berguna bila kita format komputer baru. Memang boleh download, tapi agak leceh nak cari.

2.Microsoft Office

Tidak kira Microsoft Office ke Open Office ke, asalkan ianya compatible dengan fail-fail Office yang anda simpan sebelum ni. Perisian ni semua orang guna.

3.Browser

Saya cadangkan install Chrome,Firefox dan latest IE9. Ini memudahkan kita untuk multilogin ke website yang sama. Contohnya, saya ada dua tiga akaun gmail yang masing-masing ada peranan sendiri. Satu email untuk office,satu email untuk personal dan satu lagi untuk bisnes. Mustahil kita boleh login ketiga-tiga email dalam satu browser.Inilah gunanya browser yang banyak.

4.Adobe Acrobat Reader

Fail PDF kini sangat meluas penggunaannya terutama dalam ebook atau fail bersekuriti tinggi. Kadang-kadang, manual komputer juga ditulis dalam pdf. Memang sangat diperlukan perisian ini.

5.Zip file

Biasanya bila nak hantar email yang mengandungi fail yang banyak, kita akan guna perisian zip supaya boleh dikompress dalam satu fail sahaja. Terdapat versi yang percuma dan berbayar.

6.Antivirus

Ini untuk menangkis serangan virus,worm dan seumpama dengannya.Jangan jadi komputer kita sebagain penternak virus.

7.Video Codec

Tak semua video boleh dimainkan oleh windows media player. Contohnya video rm/rmvb atau mov. Jadi, perlu juga perisian ni. Boleh didapati dengan percuma.

8.Download Accelerator

Kalau ada keperluan memuat turun, perlu ada perisian ni. Lebih laju dan boleh diharap. Kalau masa muat turun tu terhenti,ada peluang untuk sambung balik (bergantung pada file sharing).

9.Perisian Printer

Jika ada printer.

10.Perisian berkenaan dengan peranti yang digunakan macam webcam,digital kamera dll.

Jika ada.

11.Mp3 player (Winamp)

Jika perlu. Guna windows media player pun ok.

12.Nero Burner atau sewaktu dengannya

Kalau ada DVD atau CD burner, nero burner boleh jadi pilihan. Kerana setakat ni, kebanyakan fail saya yang diburn  oleh nero burner masih boleh dibaca di semua komputer.Saya pernah cuba guna Windows untuk burn, tapi sangat lambat.Tak mau guna lagi dah.

Related posts:

  1. Cara pantas menggunakan komputer tanpa mouse
  2. iDuplicate File Finder
  3. Part 2: Cara nak speed up Windows 7
  4. iCloud-servis terbaru dari Apple
  5. Membaca komik dengan ComicRack

Speak Your Mind

*