Samsung Galaxy Tab 7.7

Selepas Samsung Galaxy Tab 10.1, kini Samsung cergas memperkenalkan tablet terbaru mereka bersaiz 7.7 inci pula di IFA 2011 Berlin. Tapi versi 7.7 menggunakan skrin paparan AMOLED iaitu teknologi skrin paling cerah setakat ni dan menggunakan processor 1.4 GHz. Ia dilengkapi dengan kamera belakang 3MP dan depan 2MP dan baterinya boleh bertahan selama 10 jam jika dimainkan video tanpa henti. Galaxy Tab 7.7 menggunakan OS Android Honeycomb 3.2.

Tablet boleh menerima panggilan telefon.Saya tak tau macam mana nak jawab guna tablet ni.Takkan letak kat tepi telinga kot?Semasa pameran ini,mahkamah memerintahkan Samsung menarik keluar tablet Galaxy Tab 7.7 dari booth mereka setelah Apple membantahnya.Tablet ini belum lagi di pasaran dan kini Samsung sedang menghadapi saman daripada Apple dan dilarang menjual Samsung Galaxy Tab 10.1 di pasaran Jerman. Samsung kini boleh dikatakan pengeluar tablet kedua utama di dunia selepas Apple.

Related posts:

  1. Samsung Galaxy S II laris dijual 3 juta dalam masa 55 hari
  2. Samsung Galaxy Ace
  3. Tidak semua smartphone Samsung guna Android
  4. Review tentang Galaxy Tab
  5. Celcom lancar Samsung Galaxy Tab 10.1

Speak Your Mind

*