Samsung Galaxy S II laris dijual 3 juta dalam masa 55 hari

Smartphone Samsung Galaxy S 2 mendapat sambutan hangat di kalangan peminat handphone Android di mana terjual sebanyak 3 juta unit dalam masa 55 hari. Rekod ini mengatasi Samsung Galaxy S yang lama yang terjual sebanyak 3 juta dalam masa 85 hari. Galaxy S II yang terbaru dikatakan mempunyai skrin yang cerah di samping pemproses yang laju. Ia juga dilengkapi dengan kamera 8 megapixel dan boleh merakam video HD 1080p.

Samsung Galaxy SII mempunyai skrin 4.3″ WVGA Super AMOLED plus display,1.2Ghz dual-core processor,Bluetooth 3 dan HSPA+.Mempunyai ketebalan 8.49mm. Ia menggunakan OS paling terkini iaitu Android OS 2.3 atau dikenali sebagai Gingerbread. Samsung memang terkenal monitor yang cantik dan cerah. Saya menggunakan monitor Samsung sejak PC pertama saya lagi dan sehingga hari ni masih mantop lagi.

Samsung Galaxy S dikenali sebagai alternatif kepada iPhone disebabkan rekabentuk yang hampir serupa. Saya menggelarkannya sebagai klon iPhone versi Android.

Related posts:

  1. Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US
  2. Firefox 4 kalahkan IE9 dalam hari pertama muat turun
  3. Perintis teknologi masa kini
  4. Kini iPad dijual di pasaran Malaysia
  5. Review tentang Galaxy Tab

Speak Your Mind

*