Robot berasaskan telefon pintar iPhone

Dua orang pengusaha yang menggelarkan diri mereka sebagai Romotive,Peter Seid dan Phu Nguyen sedang mencipta robot kecil dan comel yang menggunakan telefon pintar sebagai otak robot. Ia dilengkapi dengan tayar ala-ala kereta kebal. Selain tu, ada litar analog yang akan mengawal robot menggunakan frekuensi. Juga mempunyai kabel pengecas dan bateri boleh cas semula.

Robot yang digelar Romo ni mempunyai beberapa aplikasi yang berbeza dan sedang dalam pembangunan. Projek ni mendapat dana melalui kempen yang mereka jalankan di internet. Sasaran dana ialah $32,000 tapi kini dikatakan sudah mengumpul lebih $45,000 melalui sumbangan orang. Sumbangan adalah sekurang-kurang $78 atau lebih. Penyumbang akan dapat robot tersebut lengkap dipasang. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk iPhone.

Sumber:kickstarter

Related posts:

  1. Menjana kad raya versi digital menerusi iPhone
  2. Pre-order iPhone 4S mencecah 1 juta dalam masa 24 jam
  3. Apple umumkan iPhone terkini-iPhone 4S
  4. iPhone 5 versi ciplak made in China- HiPhone
  5. Robot vs Manusia main Angry Birds

Speak Your Mind

*