Pre-order iPhone 4S mencecah 1 juta dalam masa 24 jam

Ini merupakan rekod baru Apple dalam pesanan produk mereka. iPhone 4 yang lalu catat 600,000 pesanan dalam masa 24 jam, namun kali ni iPhone 4S mengatasinya. Ini menutup pengkritik yang mengatakan ‘iPhone 4S bukanlah sesuatu yang baru. Hanya upgrade dari segi prestasi saja. Yang lain sama je’. Rata-rata ramai yang kecewa dengan pengumuman iPhone 4S kerana perubahan yang tidak ketara dan rekabentuk sama seperti iPhone 4. Kebanyakan mereka mahukan iPhone 5.

iPhone 4S dikatakan versi upgrade iPhone 4. Hanya aplikasi Siri (satu aplikasi artificial intelligent) merupakan inovasi baru daripada Apple. Ia membenarkan pengguna bercakap dengan Siri dan Siri akan memberi penyelesaian terhadap masalah itu. Ia boleh dikatakan pembantu peribadi maya yang pertama diperkenalkan.

Apple mempunyai peminat yang ramai. Tidak kira apa produk yang diperkenalkan, mereka tetap menyokongnya. Kematian Steve Jobs tidak melemahkan Apple. Semasa kematian Steve Jobs, ramai memuji produk-produk Apple di bawah kendalian Steve Jobs sehingga akhirnya pujian tersebut telah menyebabkan ramai melupakan kritikan terhadap iPhone 4S.

Related posts:

  1. Samsung Galaxy S II laris dijual 3 juta dalam masa 55 hari
  2. Steve Jobs meninggal dunia
  3. Galaxy Tab catat 1 juta jualan di US
  4. Steve Jobs letak jawatan sebagai CEO Apple
  5. Pengumuman senyap selain pengumuman iPhone 4S

Speak Your Mind

*