Pengumuman senyap selain pengumuman iPhone 4S

Sebenarnya saya tak habis cerita pasal Apple ni. Sebab minggu lalu iPhone 4S telah dilancarkan, tapi hari tu jugak Steve Jobs mati. Jadi, tak sempat habiskan cerita di sebalik pengumuman iPhone 4S. Memang menarik untuk diperkatakan di sini sebab Apple telah membuat perubahan kecil ke atas produk Apple yang lain dan memperkenalkan aplikasi baru pada iPhone 4S.

iPod nano mengalami perubahan kecil di mana ia tidak lagi mempunyai 4 ikon pada skrinnya, tapi hanya mempunyai satu ikon besar. Ikon2 lain boleh kita slide guna jari kita. Ia juga menambahbaik Nike+ fitness features dan juga 18 muka jam terbaru. iPod nano dijual pada harga lebih murah dan mempunyai 6 warna. Saya teringin nak pakai jam digital iPod.

Selain tu, iPod touch diberi warna putih serta mempunyai features sama seperti iPhone 4S kecuali telefon dan 3G. Mempunyai Retina display, rakaman HD dan permainan yang menarik untuk dimuat turun. iPod meletakkan sasaran untuk menjadi portable game player nombor 1. Ada 8/32/64GB dan harganya murah sedikit berbanding yang lama. Jika anda mahukan portable player,kamera,games tanpa telefon, iPod touch adalah pilihan terbaik. Kalau tak tau nak beli iPod ke iPhone, boleh baca post ni.

Related posts:

  1. Apple umumkan iPhone terkini-iPhone 4S
  2. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad
  3. Samsung Galaxy Players saingi Apple iPod Touch
  4. PSP NGP dinamakan sebagai PS Vita
  5. iPhone 5 versi ciplak made in China- HiPhone

Speak Your Mind

*