Part 1: Cara nak speed up Windows 7

1.Hadkan startup program. Ini boleh dilakukan dengan menaip MSCONFIG di  ruangan search. Kemudian,klik program tersebut. Uncheck program yang boleh dianggap tak penting ketika startup macam update adobe ke,java update ke,yahoo messenger ke. Yang penting bukan antivirus mahupun program utility yang  bersangkut dengan OS.
2.  Defragment hardisk. Dulu masa aku zaman mula-mula ada PC rajinlah aku buat. Tapi sekarang haram pun. Bila kita selalu menggunakan PC atau Laptop, tentunya ada kita delete-delete fail. Fail-fail ni mewujudkan ruang yang tidak sekata dalam hardisk. Jadi, bila kita defrag, ia akan menyusun fail-fail yang masih wujud tu dalam keadaan teratur dan rapat.
3. Stop Services. Services ni kita boleh cari kat ruangan Search seperti rajah di Tips 1 tadi ataupun di Control Panels->Administrative Tools. Cari Startup Type =Automatic, kemudian anda tentukan program mana yang services nya anda tak pakai dan tak penting. Pilih Manual atau Disabled.
4. Cari imej background desktop yang saiz kecil. Ini kerana kalau saiz imej background desktop bersaiz >2MB akan menyebabkan kelembaban computer anda. Memang kita suka kalau ada background fancy-fancy tapi load pun lambat tak guna gak.
5. Clean hardisk. Ini anda boleh guna software CCleaner atau build in Disk Cleanup. Tapi aku cadangkan CCleaner sebab ia free je. Ada aku cerita software ni pada post yang lepas.Masa anda run program CCleaner ni, anda akan dapati banyak ruang telah dibazirkan di Temporary Folder tanpa pengetahuan kita.
6. Adjust visual effects. Ini boleh kita cari di ruang Search atau di Control Panel->Performance Information and Tools.  Pilih Adjust Visual Effects. Kemudian pilih Adjust for Best Performance.

Related posts:

  1. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  2. iDuplicate File Finder

Speak Your Mind

*