Workshop:Pagemodo-aplikasi mencipta welcome page Facebook

Bagi pemilik website atau blog atau blogshop,mereka biasanya akan ada fan page di Facebook. Sebabnya supaya ada ikatan antara customer,pembaca dengan pemilik website.Welcome pages juga merupakan salah satu tarikan juga untuk orang klik Like di fan pages. Ada satu aplikasi yang agak popular juga untuk mencipta welcome pages di fan pages iaitu pagemodo. Ia semudah klik Next-next-next. Apa yang perlu anda lakukan ialah buat satu imej lebar 510 dan panjang (ikut suka asalkan tak terlalu panjang).Ataupun sediakan imej2 yang berkaitan dengan page kita untuk kita tampal pada template yang pagemodo sediakan.

Dalam contoh saya ni, saya buat satu imej lebar 510×240 supaya senang saya nak tampal terus kat fan page Facebook saya.Langkah permulaan,kita kena install pagemodo di Facebook kita. Kemudian barulah boleh mulakan projek kita-membina Welcome Page fan pages di Facebook.Ada lagi.

Selepas login pagemodo,kita diberi pilihan untuk create welcome page percuma atau berbayar. Memandangkan kita ada satu je website untuk satu profil,bolehlah ambil yang percuma.Pada langkah ni kita diberi pilihan template.Jadi jika anda suka (1),(2),(3), sediakan imej yang berkaitan,saiz lebih kurang sama(kalau nak cun welcome page tu). Dalam page ni,saya guna (4) sebab saya guna imej semata-mata untuk Welcome Page Jomsurf saya.

Klik untuk besar

Langkah seterusnya,kita modify theme kita.Dalam contoh saya ni,sebenarnya kita tak perlu buat apa.Klik Next.

Klik untuk besar

Pada langkah Edit Content,barulah kita masukkan Upload gambar yang kita nak tampal pada Welcome page.

Pada langkah Like Gate,klik Skip saja.Sebab ni untuk Pro Package(berbayar)

Pada langkah Publish,klik Radio button(yang berkotak merah) FREE.Kalau nak bayar,klikla mana2 package tu.Hehehe.Langkah ni juga akan preview Welcome page kita.

Bawah Package tu,klik Like Pagemodo untuk publish Welcome Page free.Kalau tak,butang Publish tu tak timbul2.Disabled je.

Kemudian,tengoklah hasilnya.Sebelum saya lupa,pastikan default landing tab adalah Welcome supaya bila orang buka fan page tu,terus ke Welcome page kita..Cari dekat Edit Info->Manage Permission. Jumpa tak?Bagaimana?Anda suka Jomsurf?Jom LIKE Jomsurf di Facebook!

Related posts:

  1. Workshop: Cara nak Disable Auto Tag Photo di Facebook
  2. Workshop:Bagaimana uninstall aplikasi Facebook
  3. Workshop: Menukar setting dan UI Facebook dengan Better Facebook
  4. Cara nak delete album di Facebook
  5. Workshop:Bagaimana nak samakan Firefox setting dengan komputer lain

Speak Your Mind

*