Online grocery in Malaysia

 Hari ni saya terjumpa satu laman web jual barang macam yang ada kat Tesco dan Giant tu. Namanya www.doorstep.com.my. Laman web ni menjual barang keperluan harian. Kalau kita pergi Tesco tu, kan macam-macam ada. Tapi Doorstep ni versi online-pasaraya versi maya. Jadi,kepada suri rumah yang takut nak keluar rumah beli barang boleh je pesan barang di sini. Senang mudah. Ada promosi lagi.

Saya memilih laman web ni sebab laman web ni agak menarik(pada pendapat saya) dari segi rekabentuknya dan ada daya tarikan. Gambar besar,bawah gambar ada tanda harga yang jelas, ada facebook page dan warna yang simple.Saya buat perbandingan dengan pesaingnya yang rata-rata tidak ada semua tu.Apa yang harus dilakukan?

Apa yang perlu lakukan sebelum membeli-belah di sini ialah mendaftarkan diri pada laman web ni. Selepas tu, klik Add To Cart untuk barang yang kita nak beli. Kalau dah habis beli, klik Check out. Nanti, ia akan memaparkan jumlah yang harus anda bayar dan pergi kepada laman pembayaran.

Syarat-syarat pembelian di sini ialah kena beli barang dengan jumlah minimum RM100 dan caj penghantaran dikenakan sebanyak RM8 ke RM10. Anda boleh baca Delivery Info tentang bila penghantaran dilakukan dan masa-masanya. Barang hanya dihantar di sekitar Lembah Klang. Jadi, kalau di luar kawasan tak dapat la nak tolong. Mana tau orang Kedah nak pesan barang kat sini.

Related posts:

  1. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  2. Tips membeli belah di PC Fair
  3. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad
  4. Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams
  5. Info Online alternative kepada tv3 dan surat khabar

Speak Your Mind

*