Nokia Lumia 800 yang sungguh memikat

Nokia Lumia 800 merupakan smartphone pertama yang menggunakan Windows Phone 7.5 atau Mango sebagai sistem pengoperasian (OS). Ia bersaiz 3.7 inci skrin (800×480 pixels). Dari segi rekabentuk, ia hampir serupa dengan Nokia N9 yang beroperasi menggunakan Meego OS. Apa yang menariknya ialah skrinnya adalah AMOLED iaitu lebih cerah daripada TFT biasa dan lebih cantik daripada Nokia 710.

Dikuasakan dengan pemproses 1GHz ARM Cortex-A8 sehingga 1.4GHz MSM8255 Snapdragon/Scorpion. Lumia 800 mempunyai memori dalaman sebanyak 16GB. Casing dperbuat daripada polycarbonate dan didatangkan dengan tiga warna dan yang terbaru ialah warna putih.

Kamera Nokia Lumia 800 menggunakan lens Carl Ziess, LED flash dan boleh merakamkan video HD. Selain boleh menelefon, ia juga dilengkapkan dengan Wifi dan 3G untuk memudahkan pengguna melayari internet.

Kenapa anda perlu memakai Nokia Lumia 800? Kerana ia kelihatan funky dan lain daripada lain selain prestasinya setanding dengan smartphone Android. Pengalaman menggunakannya sangat berbeza. Hanya mungkin kelemahannya ialah aplikasi yang terdapat Windows Market tidak sebanyak aplikasi iOS dan Android. Harga pengenalan di Malaysia lebih kurang RM1690.

Related posts:

  1. 3 aplikasi menukar smartphone jadi kamera LOMO
  2. 5 Tips membeli smartphone
  3. Tidak semua smartphone Samsung guna Android
  4. Nokia World’s biggest Angry Birds Playground
  5. Membuat slide presentation yang berkesan

Speak Your Mind

*