Membuat slide presentation yang berkesan

Buat slide presentation memang nampak mudah,tapi kalau tidak kena gayanya menyebabkan presentation kelihatan tidak professional dan membosankan.Motif slide ni ialah supaya audien kita dapat visual apa yang hendak kita sampaikan.Namun,kalau kita buat slide kita untuk memudahkan kita buat presentation,itu adalah silap.Banyak orang salah guna slide ini untuk memudahkannya buat presentation.Pelajar universiti terutamanya buat presentation untuk projek final year kerap buat slide untuk memudahkan mereka buat penyampaian.Jadi banyak point diletakkan di slide sehingga penuh slide tersebut.Di sini saya berikan tips sedikit sebanyak buat slide presentation.

Ringkas dan padat

Sesetengah daripada kita suka meletak banyak point di slide mereka sebab masa present nanti senang nak ingat point.Tapi sebenarnya bila banyak point kat slide,lagi pening nak baca satu persatu.Apa yang penting buat point utama sahaja.Kemudian,kita selaku presenter yang akan menghuraikan point tersebut.Barulah orang dengar apa yang kita nak cakap.Kalau banyak point kat slide,nanti penonton akan cuba baca slide kita.Lama-lama kita punya presentation jadi siri membaca slide bersama-sama.Lebih baik kalau satu point satu slide.

Contoh point form yang baik

Kualiti yang baik

Slide yang menarik ialah slide yang visual.Tapi kalau gambar pixel pecah atau buruk ke,memang takde tarikan la.Bukannya perlu tempek banyak gambar dalam slide,tapi gambar yang lampirkan pada slide tu biarla menggambarkan point yang sedang diceritakan.
Selain gambar, font yang digunakan juga tidak tertakluk pada apa yang ada di Windows sahaja.Cuba cari font-font yang lain daripada lain. Banyak font yang cantik boleh didapati dengan percuma.Yang penting,font tu boleh dibaca dengan jelas.

Tersusun

Baik dari segi point form mahupun imej,slide hendaklah kelihatan tersusun menarik.Imej latar belakang atau background images kalau boleh mestilah sama dari awal hingga akhir slide. Font yang digunakan hendaklah sekata dan saiznya mengikut point dan sub-point.Contohnya, jika point utama saiz 12,semua sub point bersaiz 10.Standardize kalau dalam bahasa Inggeris.

Gunakan imej selain Clip Art

Untuk kelihatan lebih menarik dan visual,dapatkan gambar yang selain daripada Microsoft Office ada,Clip Art.Kita boleh dapatkan imej ni secara percuma di istockphoto dan compfight.com. Sebab tak semua gambar ni percuma.Ada yang perlu dibeli sebab gambar tu ada royalti. Namun,gambar yang digunakan hendaklah berkaitan dengan topik dan point yang ada di slide.Elakkan guna efek-efek.Ini kerana ia menganggu presentation kita nanti.

Janakan Powerpoint kepada Fail PDF dan exe

Tujuannya ialah supaya imej dan susunan slide kita tidak lari apabila masuk ke komputer lain.Kadang-kadang bila kita pindah slide kita ke komputer lain,slide kita jadi berterabur.Selain tu,kita boleh juga janakan slide presentation kita kepada exe.

Related posts:

  1. Web-based office suites
  2. Trick laman web yang kadang-kadang menganggu dan ada yang menarik
  3. iDuplicate File Finder
  4. Cara melindungi hak cipta gambar
  5. Tips Memilih nama yang baik untuk produk atau domain

Comments

  1. aleen says:

    TQ

  2. rintoresno says:

    Sangat bagus untuk menduplicate audiens dalam memahami produk jasa pajak orang pribadi yang saya tawarkan dalam waktu dekat ini.

Speak Your Mind

*