Membaca komik dengan ComicRack

Masa saya belajar di kolej dulu, antara hobi saya di masa lapang ialah menonton anime dengan baca manga di komputer.Saya suka baca manga yang kelakar je, tapi hanya satu manga serius yang menarik perhatian saya iaitu Death Note. Tapi bila jalan cerita dia makin komplikated, saya pun stop.

Bermacam-macam cara nak baca komik, biasanya datang dalam bentuk imej. Dulu saya baca komik kat komputer guna satu photo manager yang feymes jugak iaitu ACDSee tapi kini macam-macam dah ada terutama yang free version. Saya perkenalkan ComicRack.

Apa bezanya dengan photo editor?Baik guna photo editor daripada perisian ni.Nanti dulu! Tidak semua komik yang anda muat turun menggunakan imej. Biasanya mula-mula dalam fail compress zip dan ada sesetengahnya telah ditukar kepada PDF. Bagaimana anda nak bacanya dan menyimpan mukasurat yang sedang anda baca?

Inilah kelebihan perisian ni. Selain anda boleh buka bebarapa komik dalam bentuk tab, anda tak perlu unzip fail tersebut. Kalau anda menutup perisian ni ketika anda baca komik pun tak ada masalah kerana bila anda membukanya semula,anda akan kembali ke halaman terakhir anda baca.Kalau anda bernasib baik, anda juga boleh baca ebook selain komik guna ComicRack ni.

Apapun, sebelum membaca, anda kena pastikan format komik tersebut mengikut format berikut:

  • Reads: cbz, zip, cbr, rar, cbt, tar, cb7, 7z, pdf, cbw, djvu
  • Exports: cbz, cbt, cb7, pdf, djvu

Format yang dihighlightkan BOLD tu adalah format yang biasa kita guna dan kita boleh  tukarkannya dengan perisian percuma.

Related posts:

  1. 3 website komik editor yang menarik minggu ini
  2. Cara nak skip waiting time untuk free download Rapidshare
  3. iDuplicate File Finder
  4. Part 2: Cara nak speed up Windows 7
  5. Laman web tutorial dan majalah percuma di PhotographyBB

Speak Your Mind

*