Korea guna tablet ganti buku teks sekolah

Masa ni,budak sekolah kita memikul buku yang berat sehingga pernah menjadi isu negara.Malah pernah wujud jadual waktu anjal untuk mengelakkan murid sekolah membawa banyak buku ke sekolah.Tapi berlainan pula di Korea Selatan.

Kementerian Pendidikannya sedang merancang untuk menukarkan buku teks sekolah kepada buku teks digital.Kerajaan melabur sekitar $2 billion untuk menghasilkan persekitaran di mana pelajar boleh belajar secara interaktif dengan sistem yang bakal dibangunkan.

Pada peringkat awal,kertas dan buku teks digital akan digunakan sekali.Kerajaan akan membangunkan cloud computing system untuk digunakan seluruh sekolah di Korea di mana pengguna iaitu murid dan guru boleh mengakses semua buku teks digital melalui tablets PC.

Sudah tentunya ia memerlukan kos yang tinggi untuk melaksanakannya sebab semua sekolah harus mempunyai wifi dan rangkaian yang maju.Tapi kementerian akan memberi tablet PC secara percuma kepada keluarga berpendapatan rendah.

Hai,kan bagus jika dilaksanakan di Malaysia.Malangnya tak semua orang mampu membeli tablet PC setiap seorang untuk anaknya.Inilah untungnya bila negara maju,rakyat berpendapatan tinggi.Idea baik dan canggih pun dapat dilaksanakan tanpa halangan.

Sumber: Engadget via The Chosunilbo

Related posts:

  1. Galaxy Tab digunakan sebagai alat pengajaran di sekolah
  2. Copy paste banyak-banyak dengan Clipboard Manager
  3. 2011- Dekad untuk tablet PC
  4. Social Bookmark –bookmark buku secara online sambil bersosial
  5. Jangan guna Photoshop untuk Web Design

Comments

  1. Oman says:

    HUJAN EMAS DINEGERI ORANG, HUJAN BATU DINEGERI KITA, WALAUPUN CANTIK NEGERI ORANG, TAPI MALAYSIA CANTIK LAGI…. Bukan mudah hendak melaksanakan sistem ini…. Sedangkan kerajaan membenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pun ada majoriti menolaknya, inikan pula tablet…. Jangan kita terikut-ikut sangat apa yang orang lain lakukan… Kita belum mencapai status negara maju lagi…. Insya-Allah. Dalam masa yag amat panjang, kerajaan akan tukar kepada Tablet PC.

Speak Your Mind

*