Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad

Saya di sini merujuk kepada kita la, bukan saya secara individu. Setiap pembelian kita kena tahu kenapa kita beli barang tu terutama orang yang gaji cukup makan macam saya ni. Pada tajuk tu saya dah senaraikan alat peranti yang paling popular pada masa kini iaitu iPhone,iPod Touch dan iPad. Kenapa kita perlu dan beli iPhone atau iPod atau iPad tu ha?

Hari ni saya tolong anda buat keputusan. Semua alat ni ada fungsi masing-masing. Jadi, beli jika anda:

iPhone
-mahukan pelayar web bersaiz poket dan melayari internet di mana saja.
-mahu menggunakan telefon yang cool
-mahu bertwitter atau FB atau main game yang menarik
-mahu kamera pada masa yang sama
-mahu GPS

iPod Touch
-mahukan muzik berpanjangan
-tak perlukan internet sangat(bukan jenis internet addict)
-nak main game
-tak nak terikat denga kontrak Plan Data

iPad
-mahu jadikan iPad sebagai pengganti dekstop anda
-mahu membaca buku digital
-dah boring guna laptop
-boleh layan video banyak-banyak
-kepuasan melayari internet sebab skirn besar

iPod Touch tak banyak bezanya dengan iPhone. Jika anda mahukan segalanya selain fungsi telefon, jadi lebih baik guna iPod Touch. Lebih nipis daripada iPhone. Tapi siapa yang boleh berpisah dengan handphone. Kalau takde handphone atau handphone tertinggal di mana-mana, boleh mati kutu oo.

Related posts:

  1. Tips untuk mengelakkan diri terkena Online Scams atau Caller Scams
  2. Review tentang Galaxy Tab
  3. Tips Memilih nama yang baik untuk produk atau domain
  4. 2011- Dekad untuk tablet PC
  5. iPad 2 ada USB?

Comments

  1. Adek mie punya tu iphone ke ipod?

Speak Your Mind

*