iPad 2 diumumkan akan berada di pasaran 11 Mac

Akhirnya penantian peminat Apple berakhir. iPad 2 telah diumumkan. Pelbagai spekulasi ada mengenai iPad 2.Seperti yang dijangka oleh geek komputer, iPad 2 yang terbaru mempunyai kamera depan dan belakang untuk tujuan komunikasi menggunakan aplikasi FaceTime. Namun tak ada USB port atau tempat SD memori.

Tidak banyak perubahan yang dibuat Apple terhadap iPad 2. iPad 2 hanya berubah dari segi ketebalan yang kini kurang 1/3 daripada iPad yang pertama, kelajuan iaitu menggunakan A5 Dual Core dan ada smart cover. iPad 2 menyediakan port untuk melihat di skrin HDTV.  Apa yang sama?

Apa yang masih kekal sama ialah dari segi harganya iaitu bermula dengan $499 dan juga jangka hayat bateri iaitu 10 jam. Kemungkinan harga iPad lama akan turun dalam $100-200 disebabkan kehadiran iPad 2. Kehadiran iPad 2 ni menhangatkan lagi persaingan tablet di pasaran.

Yang terbaru sebelum iPad 2 diumumkan, Motorola Xoom yang dikatakan pesaing terdekat iPad disebabkan ciri-ciri yang menarik dan menggunakan Google Android sebagai OSnya. Yang bestnya Android ni ialah aplikasi yang percuma kalau nak bandingkan dengan iPad 2. Namun, iPad 2 mempunyai kelebihan tertentu dan mempunyai ramai peminat fanatik.

Related posts:

  1. iPad 2 ada USB?
  2. Kini iPad dijual di pasaran Malaysia
  3. HP keluarkan tablet TouchPad
  4. Review tentang Galaxy Tab
  5. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad

Comments

  1. Saiful says:

    thanks for the info. nak tanya,aplikasi yg built-in dalam iPad 2 ni berbayar ke?

  2. Jeff Backer says:

    setahu saya percuma je aplikasi tu.

Speak Your Mind

*