iCloud-servis terbaru dari Apple

Selepas, WWDC 2011 yang dianjurkan oleh Apple baru-baru, Jomsurf banyak terbaca Apple war-warkan service baru namanya iCloud.Apa iCloud ni?Awan nano ke apa ni.Ini yang dinamakan cloud computing. Maksudnya semuanya peralatan komputer macam PC,laptop,smartphone dan tablet semuanya perlu berhubung dengan servis iCloud. Servis yang menyediakan semua perisian yang biasanya kita install di komputer sendiri macam media player dan storage(ruang) untuk kita simpan dokumen,media mp3,video di iCloud. Semua fail-fail kita akan disimpan di server farm apple. Ia bakal menggantikan MobileMe, iaitu servis ‘cloud storage’ yang digunakan oleh pengguna Apple sebelum ni.

Kelebihannya iCloud ni ialah kita tak perlu risau kehilangan data jika komputer atau smartphone kita hilang atau dicuri.Namun kelemahannya pula, jika kita tidak ada akses internet,atau broadband kita mencapai had kapasiti bandwidth, tak mungkin kita dapat akses fail-fail kita.

Ya,sudah pasti iCloud tak sentiasa percuma.Kalau percuma pun mesti ada had kan?Sekali anda daftar dapat 5GB free storage.Apapun,dari segi bisnes,Apple nampaknya bijak dalam strateginya menghapuskan ‘piracy’ dalam diam-diam di dunia perkomputeran.Semuanya peralatan terbarunya seperti iPad,iPhone tidak mempunyai USB port atau memory slot dan komputernya semuanya minimum USB port.Kalau boleh, semua fail mesti ada kat iTunes sebab iTunes yang mengawal lesen2 fail ni terutama lagu.

Namun,disebabkan tuntutan semasa,Apple menyediakan peranti ‘external’ untuk memori kad demi memenuhi kehendak pengguna.Paling kurang pun,dapat mengurangkan ‘piracy’.Bagaimanapun,servis iCloud ini menyerupai cloud Google dan Amazon.

Apa hebatnya iCloud?Situasinya ialah katakan kita ada iPhone,iPad dan Macbook.Kan susah nak maintain semua fail kita ada di ketiga-tiga gajet ni terutamanya lagu dan gambar.Kadang-kadang kita tangkap gambar guna iPad,tapi kat iPhone dengan Macbook takde gambar tu.Pastu,kita bawa iPhone pergi ofis,tinggal iPad kat rumah.Jadi,tak boleh nak tunjuk gambar di iPad tadi menggunakan iPhone.(boleh faham ke?)

Dengan iCloud,semua fail-fail akan di’syncronize’ di ketiga-tiga peranti ni.Semuanya dapat fail yang up-to-date.Macam saya pernah bagitau dalam workshop bookmark firefox tu.Konsepnya sama.Jadi iCloud ni sebenarnya bukanlah benda baru sebab konsep sync ni telah diaplikasi oleh Dropbox(sebagai contoh).Cuma dia ‘enhance’ sikit je kasi nampak cool dan ‘wahh!’.

Apapun,semuanya memerlukan internet dan rangkaian. Kalau kat Malaysia ni semua jalur lebar ada bandwidth kapasiti kecuali Streamyx.Kalau setakat cap 6GB tak sampai sebulan dah habis guna kalau guna servis iCloud.Jadi, wajarlah kiranya jalur lebar negara ini dinaiktaraf  supaya kita semua dapat menikmati teknologi-teknologi yang kian berkembang pesat.

Related posts:

  1. Kini iPad dijual di pasaran Malaysia
  2. Facebook perkenalkan profil terbaru
  3. Kenapa saya perlu ada iPhone atau iPod Touch atau iPad
  4. 2011- Dekad untuk tablet PC
  5. iDuplicate File Finder

Speak Your Mind

*