Google+, social network terbaru daripada Google

Google,peneraju enjin carian terunggul tidak mahu ketinggalan dalam persaingan rangkaian sosial(social network) lalu memperkenalkan Google+. Demi memecah monopoli dan menyaingi Facebook selaku raja rangkaian sosial, Google mengambil inisiatif membuat super top secret social project yang dinamakan Google+. Tapi takla rahsia sangat sebab semua orang tahu.

Dalam memastikan Google+ dapat sambutan, Google memperkenalkan features yang unik yang dirasakan cool dan boleh diterima baik oleh pengguna. Ia menggunakan terms-terms yang mungkin akan popular selepas Google+ mendapat sambutan.Pertama ialah Stream. Ia sama seperti News Feed dalam Facebook yang memaparkan apa yang terkini yang telah dikemaskini oleh rakan-rakan samada video share,photo,status dan lain-lain.

Kedua ialah Sparks. Ia adalah content recommendation dan discovery engine. Pengguna boleh cari topik yang diminati dan kongsi dengan rakan. Ketiga ialah Circles. Konsep Circles ni macam ni. Tak semua content yang kita share tu diminati oleh semua orang. Jadi, dengan memasukkan rakan-rakan dalam Circles yang kita cipta, jadi kita boleh share pada Circles tertentu sahaja. Ciri ini yang takde dalam Facebook. Facebook susah kita groupkan feed yang rakan-rakan share. Kena pilih list group. Agak leceh sikit.Pendek cerita Circles ni group management la.

Ada satu feature Google+ ni yang dinamakan Huddle. Ia adalah group  messaging app yang boleh menggunakan Android,iPhone dan SMS sebagai pengantara untuk berkomunikasi dengan Circles kita.

Dan yang menarik sekali ialah Hangouts. Ia ciri pertama yang diperkenalkan oleh Google+ dan tidak ada pada website lain iaitu bervideo chat. Apa yang menariknya ialah rakan anda dalam Circles akan dapat tahu melalui news feed yang ada pada Google+ ni yang anda sedang bersembang sakan dengan beberapa rakan lain.

Konsep ini diambil daripada contoh kehidupan sebenar di mana rakan ofis anda sedang bersembang dengan beberapa rakan yang lain lalu anda nampak mereka bersembang. Nampak perbualan macam menarik,anda pun join sembang.  

Nampak macam menarik bukan?Namun, Google tidak selalu berjaya dalam experimennya. Contoh terbaik ialah Google Wave yang pupus selepas setahun dilancarkan. Walaupun feature Wave memang superb dan menggunakan teknologi web termaju, tapi pupus akibat kurang sambutan. Adakah projek Google kali ni berjaya memecah monopoli Facebook?

Related posts:

  1. iCloud-servis terbaru dari Apple
  2. Social Bookmark –bookmark buku secara online sambil bersosial
  3. Facebook perkenalkan profil terbaru
  4. Google vs Facebook Infographic
  5. Cara nak skip waiting time untuk free download Rapidshare

Speak Your Mind

*