Google+ kini mungkin ada Games

Google+, projek rangkaian sosial Google kemungkinan akan memasukkan social Games. Social games merupakan salah satu ciri penting mengapa Facebook masih bertahan sehingga kini. Engadget berjaya menbongkar kod Google+ dan mendapati secebis kod yang merujuk kepada Google+ Games dan ini dikuatkan lagi dengan fakta yang Google telah melabur dalam Zynga , iaitu pembangun social games yang terkenal dengan Farmville,CityVille,Mafia War dan lain-lain di Facebook pada pertengahan tahun lepas.

Sehingga June 2011, permainan Zynga di Facebook mempunyai 270 juta pengguna aktif setiap bulan. Bayangkan hampir 3/7 pengguna Facebook bermain game online (dengan anggaran pengguna 700 juta).Setakat ni, saya gagal mendaftar di Google+ sebab penggunanya terhad dan kini telah cukup kuota. Maklumlah, Google+ masih lagi bahan experimen.

Saya masih ingat lagi bagaimana Google Wave berfungsi. Memang superb tapi malangnya pengguna tidak berminat menggunakan. Samada kurang promosi atau terlalu advance featuresnya. Google+ masih lagi tercari-cari identiti sendiri supaya ia tidak kelihatan seperti jelmaan Facebook.

Related posts:

  1. Google+, social network terbaru daripada Google
  2. 10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu
  3. Google vs Facebook Infographic
  4. Trend topik bualan di Facebook semalam-Nora Elena
  5. Firefox 4 kalahkan IE9 dalam hari pertama muat turun

Speak Your Mind

*