GIMP perisian percuma alternatif kepada Photoshop

Tidak dapat dinafikan Adobe Photoshop menjuarai bidang penyuntingan imej.Ia boleh dikatakan berjaya mengalahkan pesaing-pesaing yang lain .Namun,Photoshop merupakan perisian berbayar dan harganya pun boleh tahan mahal.

Tapi jangan risau.Kita masih ada alternatif.Percuma lagi.Perisian GIMP,perisian open source.GIMP atau nama penuh GNU Image Manipulation Program
.Walaupun tak sehebat Photoshop, namun ia boleh dikatakan pesaing Photoshop.Fungsi-fungsi yang ada juga menyamai Photoshop.Seperti Photoshop, GIMP boleh mencipta layer untuk mengedit gambar. Juga mempunyai tool yang hampir sama dengan Photoshop.

Jika dilihat pada Filter di GIMP,ia juga masih mampu menghasilkan efek yang diperlukan. Gaya susunan fungsi-fungsi yang disediakan juga menyerupai Photoshop. Ini bertujuan agar pengguna yang biasa menggunakan Photoshop tidak berasa kekok bila menggunakan GIMP.

GIMP dikatakan antara general-purpose image editors paling berkuasa dan versi upgrade membuatkan GIMP pesaing terdekat Photoshop dalam kategori percuma.Antara features yang ada ialah channels,layers and masks,filters and effects,editable text tools,perspective clone,tabbed palettes,color operations,improved printing.

GIMP dikatakan mudah diinstall dan cukup berupaya untuk pengguna seperti amatur dan pro photographers,web designer dan sesiapa sahaja yang suka menyunting gambar.Yang penting sekali ia adalah PERCUMA! Terima kasih kepada programmer² yang menyumbang kepada pembangunan perisian ini.Jika masih ragu-ragu,saya ada contoh tutorial di bawah yang diambil daripada Youtube.

Related posts:

  1. 5 Perisian Percuma Yang Menarik untuk dicuba minggu ini
  2. 10 laman tutorial photoshop yang menarik
  3. Jangan guna Photoshop untuk Web Design
  4. 5 Aplikasi Percuma Ecommerce untuk Peniaga Internet
  5. Perisian ebook yang menarik untuk dicuba minggu ni

Speak Your Mind

*