Facebook menambah fungsi baru dan buang fungsi sedia ada

Baru-baru ni,Facebook melakukan pengubahsuaian lagi.Terdapat fungsi baru yang diperkenalkan,manakala ada juga fungsi lama yang dibuang tapi Facebook tidak beritahu pengguna.Kadang-kadang banyak sangat pertukaran ni mengganggu jugak sebab terpaksa explore semula fungsi lama yang telah disorok kat ntah mana ntah.Antaranya ialah

Lightbox yang semakin besar dan lebih pantas. Saiz terbaru ialah 960 pixels lebar dan latar belakang berwarn putih.Walaupun kita boleh muat naik sehingga 2048 pixels lebar,tapi paparannya setakat 960 je.Tapi jika muat turun gambar,insyaallah boleh dapat saiz penuh.Ada lagi

Butang View As-digunakan untuk melihat profil kita dari perspektif kawan atau kenalan selepas kita tetapkan privacy kita.

Profile Review-Klik On-kalau kawan kita tag gambar biasanya akan tunjuk kat profil kita. Jadi,kalau kita On fungsi ni(kotak merah),semua tag hanya akan diizinkan oleh kita.

Hasilnya.

Tag photo approval-ini yang paling berguna dalam banyak-banyak fungsi sebab banyak permintaan terhadap fungsi ni.Macam mana nak On fungsi ni?Kena pergi kat Privacy Settings dan tetapkan On (kotak merah)seperti di bawah.

Hasilnya,bila gambar anda ditag,selepas anda approve baru ia dipaparkan.

Hide all post(dah dibuang)- Dulu kalau anda pernah baca post 10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu, topik pertama Sorok news feed yang kita tak nak, kini fungsi Hide all by <nama kawan> sudah tidak wujud lagi. Hanya Hide This Post je. Bagi Facebook, sekali kita dah Like page tu atau add kawan kita,kita akan terima apa jua news feed daripadanya.Kalau tidak, sama delete kawan kita atau Unlike page tu jika kita tidak lagi mahu news feed daripadanya.

Related posts:

  1. 10 Tips ubahsuai Facebook yang mungkin kita tak tahu
  2. Workshop: Cara nak Disable Auto Tag Photo di Facebook
  3. Melayari Facebook secara rahsia di pejabat
  4. Iklan Myvi 2011 baru sudah keluar
  5. 8 tips yang cool tentang Facebook status

Speak Your Mind

*